Wednesday, December 17, 2008

8. Mengenal Diri

Tak kenal maka tak cinta.
Mengenal diri untuk mengenal Allah. Mengenal Allah untuk mencintai Allah dan Rasulnya.

Apa yang dimaksudkan dengan kenal disini ialah seumpama pelancong yang ingin pergi ke KLCC. Pelancong tersebut hanya tahu nama KLCC. Dia tidak pernah melihat, atau pergi atau mengatahui bentuk dan letaknya banggunan tersebut. Maka kita pun menceritakan kepadanya KLCC tersebut tingginya 88 tingkat, materialnya ialah cermin dan besi berkilat ,banggunannya berkembar dua, jika dilihat dari atas berbentuk 2 kotak disusun bersiri menjadi bentuk seakan bintang. Mempunyai jambatan pada tingkat tertentu yang menghubungi dua banggunan tersebut. Letaknya pula di tengah-tengah Kuala Lumpur, dikelilingi banggunan tinggi. Disekeliling KLCC pula terdapat taman-taman yang indah disertakan sebuah masjid yang cantik.

Jadi walaupun pelancong tadi tidak pernah ke KLCC, sekurang-kurangnya dia dapatlah membayangkan banggunan tersebut walaupun tidak begitu tepat supaya dia sampai ketempat yang dituju. Dan sekiranya tanpa diberitahu dia sampai di situ pastinya dia tahu inilah KLCC maka tidaklah dia kita panggil dalam keadaan tercari-cari.

Itu cerita mengenai makhluk yang berbentuk. Sedangkan Zat Allah yang ingin kita kenali tidak berbentuk yang boleh kita bayangkan, tidak pula bertempat, dan bersalahan dengan makhluk(tidak dibayangi makhluk). Sesungguhnya kita tidak akan capai kenal Allah dengan hanya menggunakan akal. Tetapi kita boleh kenal nama-nama bagi Allah, Sifat bagi Allah, afaal bagi Allah kerana itulah yang dapat dicapai oleh kita dalam peringkat ini. Inilah yang dimaksudkan disini mengenal Allah dan rasulnya pada peringkat yang mampu kita kenali.

"Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL FIKIRAN NYA". [Al-Baqarah: 269]

Ada diantara kita beranggapan bahawa kita hidup hanya dengan apa yang ada pada zahirnya yang kita nampak dengan mata kasar. Kita makan, minum, belajar, bekerja, berkeluarga mencari kesenangan hidup dan lain-lain. Kita rasakan diri ini mampu untuk bergerak atau melakukan apa sahaja dengan sendirinya. Sehingga kita sanggup mengumpul kemewahan, bermegah dengan pencapaian kita selama ini bersenang-lenang dengan keluarga yang selama ini sentiasa berada disisi kita.

Kita berkata “ inilah apa yang telah aku idamkan selama ini dan dengan berkat usaha gigih aku telah berjaya mencapai impianku” padahal tahukah kita tujuan sebenar kita hidup ini bukan sekadar untuk mencapai cita-cita diri yang zahir sahaja, malah yang lebih utama adalah tujuan diri yang berada didalam kita yang akan kembali menuju Yang Maha Pencipta.

“Kemudian mereka yang (di ambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah, penguasa mereka yang sebenarnya. Ketahuilah bahawa segala ketetapan hukum (pada hari kiamat itu) miliknya dan dialah pembuat perhitungan yang paling tepat”(Al-An`am:62)

Ternyatalah kita diciptakannya bukan dari segi zahirnya sahaja tetapi kita dicipta olehnya dalam dua bentuk iaitu jasmani dan rohani. Maka rohani inilah yang akan kembali kepada Allah untuk disoal siasat tentang amalan yang telah dilakukan. Sedangkan Jasad hanyalah sebagai saksi apa yang telah diri ini lakukan. Buktinya? Bila kita tidur, apa yang dilakukan oleh jasad kita? jasad kita hanya terdiam kaku kerana roh yang didalamnya telah keluar. Tetapi apa yang terjadi bila roh kembali kepada tubuh badan? Kembalilah jasad tadi bergerak mengikut apa yang diilhamkan akal dan nafsu kita.

" Bahkan manusia itu anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri(Al-Qiyamah : 14)

Samalah dengan solat kita seharian, yang sebenar-benar sedang bersolat itu ialah yang didalam atau(roh), begitu juga dengan puasa, zakat, haji. Apa ibadah yang dilakukan jasad tanpa diikuti yang didalam (Hati) maka itu semua lakonan semata-mata. Apabila kita bersolat, mulut membaca, tangan takbir, kaki berdiri tegak tetapi hati? Hati kita melayang kesana kemari. Hati kita ditayangkan oleh syaitan berbagai-bagai tayangan hebat semasa kita solat. Mulalah akal kita teringatkan kerja itu ini. Teringat macam-macam yang kesemuanya adalah makhluk bukanlah mengingati Allah. Sedangkan yang dipandang Allah didalam hambanya ialah hatinya itu.

“Sesungguhnya tuhan mu mengatahui apa yang tersembunyi didalam hati mereka dan apa yang mereka nyatakan” (An-Naml:74)

Jasmani (Jasad) dan Rohani(Diri yang didalam)

" Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan ROH kepadanya dariKU, maka hendaklah kamu (Malaikat dan Jin) sujud kepadanya, maka sujudlah semua Malaikat semuanya sekali melainkan Iblis yang tidak mahu sujud bersama mereka yang sujud (Al Hijr : 29,30)

Rohani dan Jasmani terdiri dari beberapa bahagian iaitu yang pertama ialah Jasad (Jasmani) terdiri dari daging, tulang, saraf, lemak, kulit, roma, otak, lendir dan lain-lain yang nampak dimata kasar.

"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".(AL-Mukminun : 14)

Diri yang dalam pula terbahagi kepada dua : Ruhul Yaqazah iaitu ruh, akal & nafsu dan ruh inilah yang keluar masuk ketika kita tidur. Ruh yang kedua pula dikenali dengan Ruhul Hayat iaitu Nafas kehidupan, diamana ruh ini hanya keluar dan masuk kedalam diri anak adam itu Cuma sekali sahaja seumur hidup.

Pengetahuan kita tentang ruh ini amatlah terbatas dengan hanya sedikit diberitahu kepada kita melalui Al-Quran sedangkan Allah lah yang lebih mengatahui.

"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Katakan olehmu Ruh itu adalah daripada urusan ku. Kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja". (Al-israk : 85)

"Allah memegang satu-satu jiwa(ruh) ketika matinya. Dan memegang jiwa(ruh) orang yang tidak mati ketika tidurnya. Kemudian dia menahan jiwa orang yang ditetapkan kematiannya(benar-benar mati) dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badan ketika tidur) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan ( Az-Zumar : 42)

Ruhul Yaqazah
Ruhul yaqazah pula terbahagi kepada ruh (Qudrat) yang memberikan tenaga atau bakat kepada jasad kita (dikaitkan dengan sifat Qudrat). Seperti memberi bakat melihat kepada mata, bakat mendengar kepada telinga dan bakat berkata-kata kepada lidah. Ruh ini tidak membuat silap atau diistilah sebagai malaikat. Nafsu pula untuk mendorong atau merangsang keinginan (dikaitkan dengan sifat iradat) dan akal untuk berfikir (dikaitkan dengan sifat ilmu) . Setiap satu mempunyai fungsinya sendiri.

Ruh inilah yang dinamakan Hati, hati perut manusia, bukanlah hati yang seketul daging itu.

Akal
Akal yang dikurniakan allah kepada kita membolehkan kita membezakan diantara sifat kemanusiaan atau sifat kehaiwanan. Akal yang membezakan yang mana yang Hak atau yang Batil.

“Demi jiwa(manusia) dan penyempurnaan(kejadian). Maka Allah mengilhamkan jalan yang membawanya kepada kejahatan dan yang membawa kepada kebaikan” (Al-Syams:7-8)

Akal yang ada pada manusia adalah bekerjasama antara satu sama lain. Setiap yang diterima dari pancaindera sama ada mendengar, bau, melihat, percakapan dan sentuhan mampu melahirkan ilmu samada ilmu yang batil atau hak. Sebab itu apabila kita memerhati sekeliling kita dengan menggunakan akal, kita pasti akan mendapat atau terbuka satu huraian dinamakan ilmu.

Akal jua adalah makhluk yang tinggi nilainya yang dikurniakan Allah hanya pada Insan.

Terdapat 4 jenis ilmu yang terhurai dari akal iaitu; ilmu yang hak, ilmu yang batil, ilmu yang ragu-ragu kesahihan dan ilmu laduni samaada dari laduni, mimpi atau hidayah Allah.

Ruhul Hayat
Ruhul hayat adalah ruh yang masuk pada ketika kita berumur 120-125 hari didalam perut ibu. Dan keluar pada masa yang telah ditetapkan Allah. Ruh ini dikaitkan dengan sifat Hayyat.

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah 8. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang 9. Kemudian ia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. dan ia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.” (al-Sajda:7-9)

Maka kalau kita perhatikan balik lengkaplah 7 sifat yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita iaitu 1. Kudrat (memberi kita tenaga untuk melihat(2), mendengar(3) dan berkata-kata(4)) 5. Iradat (Nafsu) 6. Ilmu (Akal) dan 7. Hayyat (Ruh kehidupan)

Cukuplah setakat ini serba sedikit gambaran tentang diri kita sebagai panduan. Untuk mendalami bab ini perlulah kita mencari guru yang lebih arif.

No comments:

Post a Comment