Sunday, December 22, 2013

Puisi untuk kambing...

Puisi untuk kambing...

sebelum tu biar aku terangkan beza manusia dan haiwan bukan akalnya..kajian manusia yg tak sempurna akal sahaja yg mengatakan begitu. bezanya insan dan haiwan itu nafsunya...kedua2 makhluk punyai akal..bertasbih kepada allah. haiwan juga ada hati naluri untuk merasai..sebagaimana manusia.. yg membezakan itu adalah amanah perjanjian yg allah tanyakan kepada semua makhluk yg dilangit dan diatas bumi juga diantara keduanya, siapakah yg sanggup, maka yg benrnama insan bagun aku sanggup. lalu allah memasukkan AMANAHnya kedalam tubuh jasad insan. amanah itulah ROH berNAFSU MUTMAINNAH...tanda insan (hamba allah) dalam perjanjian amal syahadat yg tidak diambil oleh haiwan...

Puisi kambing..
ohhh kambing..kau bertasbih, aku bertasbih, kamu makan daun...aku makan daun (sayur)...kau tak makan batu besi, aluminium, kuprum, platinum, zink...sebab kau pun tau makan zat-zatnya... aku pun begitu makan zat besi, zat aluminium, zat magnesium zat platinum, nak kata kau blajar kimia, aku yg belajar...makna kata, kau memang ada otak dan ada akal macam aku juga..kalau tak dah tentu atap zik kau baham..tong besi..peluru platinum habis dalam perut kau...

ohh kambing....
aku bagi makan kat anak2, kau pun bagi makan kat anak2 kau...aku carik perlindungan untuk anak2 aku, kau pun bagi perlindungan untuk anak2 kau..aku nak kawin, kau pun nak kawin...apa ni kambing? ngapa kau dan aku sama sahaja? apa yg beza wahai kambing? boleh kah aku katakan kau takda akal dan ilmu aku aja yg ada? tak masuk akal kau dan akal aku...

ohh kambing...
aku dalam dilema..sebab aku kene tipu dek haiwan seperti kau yg bertubuh jasad manusia..
akhirnya aku tau....kau hanya tauhidkan allah dengan lailahaillalllah....
dan aku mengabdikan diriku sebagai insan dengan kalimah syahadat..lailahaillalllah muhammadar rasullullah..
andai aku juga tauhid..aku samalah mcam kau...takda beza...
kini huru hara lah kau kambing... jadi sup..jadi satay...


sapa yg mengesahkan amalan??

sapa yg mengesahkan hakikat amal? mak ayah? adik beradik? kaum keluarga? saudara mara? cikgu cikgi? ostad? prop? perdana menteri? raja2? agung?

rasullullah naik ke gua hiraq, apa kata sedara mara? "muhammad udoh gile" apa kat orang kampung muhammad? apa kata prop prop zaman tu? muhammad "cari tuhan lain dah...tuhan kita udah tak betui"..

adakah muhammad turun dan berkata "AKU DAH BETUL" kamu semua ikut aku? aku dah jumpa "TUHAN" yg sebenar...??

ada tak kisah macam tu? atau muhammad sekadar pulang kerumah isterinya khadijah..disuruh selimut..dan kemudian mendapat perintah2 seterusnya tanpa mengajak sorang pun mengikut jalannya... Khadijah mula bertanya..apa yg berlaku? lalu muhammad menceritakan..aku didatangi MALAIKAT..bukan jin atau iblis...tiada kata-kata dari khadijah "entah2 yg kau jumpa tu iblis kut"....mereka membenarkan kerana muhammad itu al amin...dan mereka kaum yg SEDAR akan ketidak warasan orang disekeliling mereka ketika itu....

muhammad tak pernah mengajak...tetapi sahabat2 yg waras menerima apa yg disampaikan rasulullah.disebabkan kejahilah orang dikeliling yg ujud pada masa itu... begitulah seterusnya islam berkembang tanpa ajakan...sekadar meyebarkan informasi...bagi yg benar2 mahukan jalan yg BENAR.... bukan jalan yg BAIK. bukan juga jalan paksaan.

"Sebaliknya orang yang mahu menerima petunjuk (JALAN BENAR) allah berikan hidayah kepada mereka dan memberi jalan kepada mereka untuk bertaqwa (kekal menjadi hamba allah)" surah Muhammad : 17

Syaratnya MAU JALAN BENAR bukan JALAN BAIK.

Azan bahasa sendiri..

Azan bahasa sendiri..
 ada tak orang azan ikut bangsa, hindustan lain bahasa, kurdistan lain bahasa, rusia lain bahasa.armenia, portugal, poland, belanda china, india, amerika..ada tak yg menukar2 bahasa azan? takde..sebab apa? sebab itu suara bisikan kepada roh..mengingatkan balik amalan alam roh (amalan syahadat)...sebab lahir2 dulu dah ingat sekali..(azan).. pastu nak kene diingatkan berkali2..suruh amal syahadat....degil juga tak mau diamalkan jugak... kalau la azan tu semata2 nak ajak solat, konpirm dan di ubah kedalam 1000 bahasa. oii jom kita sembahyang, jom kita sembahyang... (lagi senang paham)