Thursday, August 18, 2011

Dah jadi manusia baru ibadah..

Manusia itu melaksanakan amanah, baru boleh ibadah. selagi tak laksanakan amanah perjanjian manusia yg kita janji semasa perut ibu dulu, kita blom jadi manusia, selagi tak jadi manusia, tak sah semua amalan...sekadar berupa manusia itu hanya tanggapan akal kita, selagi tidak kenal hati yg ada dalam dada manusia, kita blom jadi manusia..sebab itu firman allah "kholakal insan namin alaq" aku jadikan manusia dari hati.

bezanya manusia dengan semua makhluk, mereka dilahirkan tidak ada ambil amanah perjanjian, mereka lahir kedunia terus ibadah.

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia (yg tak melaksanakan amanah) itu amat zalim dan amat bodoh..."al-ahzab:72

Dan ingatlah, ketika allah mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka (didalam perut ibu) dan Allah mengambil perjanjian kesaksian terhadap jiwa mereka : "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "kami menjadi saksi". Kami lakukan yang demikian itu agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang tidak diperingatkan terhadap perjanjian amanah ini " surah al-araf :172

maka selagi hilangnya kesaksian itu dari manusia (Hati), maka blom lah dia diiktiraf sebagai manusia. apa kata manusia bila ditanya akan mengenai perjanjian itu semasa mereka didunia? mereka jawab "dah mak bapak kami tak ajar, kat sekolah tak ajar, takda sapa pun sampaikan".... firman allah : mereka berkata " "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah terlalai sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu" al-araf : 179

golongan yg berupa manusia..ada hati, ada tangan, ada telinga yg cantik ini, tetapi gagal laksana amanah, allah penuhkan kedalam neraka jahanam..firman allah : "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

bagi kita lalai tu satu kesalahan kecil...tapi bagi allah tidak, lalai dari mengingati allah itulah kesalahan manusia paling besar...

adaka patut allah dah jadikan manusia, kita tak mau ingat dia..(lalai).. itulah kemurkaan allah yg sangat2 besar.. maka peranan hati itu sangat lah pentingnya...jauh lebih penting dari IBADAH..kerana peranan amalan hati itu adalah AMANAH, yg kalau ditinggal, kita jadi golongan yg lalai, golongan yg lebih hina dari haiwan ternakan. (haiwan pun tiada seekor duduk dalam neraka)

"neraka wailul bagi orang yg degil hatinya dari berzikrullah, mereka didalam kesesatan yang nyata" al-zumar:22

"Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa ber zikrullah, mereka itulah golongan syaitan. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan yang merugi." al-mujaadilah : 19

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia (yg tak melaksanakan amanah) itu amat zalim dan amat bodoh..."al-ahzab:72 <-- tetapi disebabkan amanah perjanjian itulah manusia menjadi makhluk paling mulia...sebab itu amanah perjanjian itu dilaksanakan dulu, (amalan syahadah - rukun islam pertama) baru lah sah dan elok amalan2 yang lain.

Hati itu bukan bermaksud hati yg daging dalam dada itu (jantung) ..tetapi terangkum 3 jenis hati, iaitu kalbi, kalbu dan kalbun. dikenali dan dirapatkan dengan jasad.. hati kajian sains itu hati daging sahaja.

Sekadar renunangan dipagi Jumaat ramadhan hari yg ke-19...

Sunday, June 5, 2011

Dah jadi manusia baru boleh IBADAH..

Dah jadi manusia baru boleh IBADAH..

kita dilahirkan kedunia selepas dimasukkan roh kedalam jasad. semasa ditiupkan roh kita mula mengamalkan amalan syahadah..iatu memgang amanah perjanjian dengan allah.. apa amanah itu? menghidupkan hati sentiasa berdetik allah...allah..allah..allah... tanpa henti dinamaka zikrullah. ini amanah perjanjian manusia..atau INSAN.. dan itulah yg kita lakukan semasa didalm perut ibu dahulu. sebab itu dinamakan INSAN bila dilahir..sampailah kita mula pandai berkata-kata... (dalam umur 3-4 tahun).. Kemudian pada ketika itu kita lebih tertarik dengan ciptaan allah, iaitu duniawi, sampai kita lupa amanah perjanjian didalam perut ibu iaitu hati yg zikrullah..maka kasih sayang roh terhadap jasad telah terpisah...keluarlah roh insani dari jasad, lalu dimasuki roh haiwani dan roh syaitani...itu lah kita sampai hari ini.

Maka diutus rasullullah dan alquran, untuk menrengkan hal ini kepada manusia supaya kembali kepada menghidupkan hati mengingati allah iaitu perjanjian amanah dalam perut ibu. sebab itu rasullullah jauh ke gua hiraq, untuk menumpukan hatinya berzikrullah selama 15 tahun...hingga akhirnya turunlah jibrail mengesahkan amal perbuatan baginda..

kata jibrail pada hari itu "iqraq bismirabbikal lazi kholak" sebut lah nama ALLAH yg menjadikan... menjadikan MANUSIA dari hati"... maka betullah apa yg dibuat oleh rasullullah di gua hiraq itu..iaitu sentiasa berzikir sebut ALLAH..ALLAH..ALLAH.. itulah turunnya ayat pertama...membersihkan hatinya, barulah menjadi MANUSIA..

baharulah rasullullah dianggap INSAN...10 tahun selepas menjadi insan baru diwajibkan rasullullah solat..

itu contoh kisah rasullullah.. maka kita ini pun sama..sebab itu rukun islam pertama itu DUA KALIMAH SYAHADAH.. artinya menzahirkan semula amanah perjanjian didalam perut ibu.. sebab itu kalimah nya 2 bukan satu.. kalimah menafikan segalanya selain allah..tanda islam. dan kalimah mengikut rasullullah zahir dan bati, tanda iman..kerana rasullullah itulah manusia yg punyai iMAN yg tertinggi nilainya..

Bagi kita hari ini, tidak perlulah naik ke gua hiraq..cukuplah menyendiri dirumah, ditempat kerja. tidak kira dimana, fokus hati itu yg menyendiri....jantung itu sendiri adalah GUA untuk mengingati allah.. kalau duduk dalam gua, hati teringat kat rumah pun tak guna...jadi duduk sahaj dirumah, tapi hati ingat allah..itulah maksud menyendiri..

wajiblah menuntut ilmu... kalau benar2 berhajat, saya boleh temukan guru nya insyallah...

Friday, March 25, 2011

Amalan percaya allah..baru jadi manusia

perkataan PERCAYA ALLAH, dimana amalannya? sebut percaya tetapi nak diamalkan percaya itu bagai mana? adakah 10 minit percaya (ketika solat), lagi 23 jam 50 minit tidak percaya (LALAI).. maka yang lalai ini lah yg akan dipersoalkan...sedangkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah lalai dari percaya allah.

jangan berilmu sekadar percaya, carilah dimana amalan percaya itu...sehingga mendapat pengesahannya. Dah dapat pengesahan itu barulah dinamakan syahadah. (baru sah rukun islam pertama)

kalau sekadar percaya allah, samalah dengan lembu kerbau kambin..manusia itu ada percaya dan ada amalan percaya(AMANAH).. tak buat amanah, maka tak jadilah manusia.

Tafsir MANUSIA.

tafsiran MANUSIA org kebanyakan : iaitu yg bertubuh berdiri, berkepala, tangan kaki, ada mata-ada telinga..tafsiran MANUSIA menurut alquran : iaitu apabila mesra jasad dan roh sehingga tidak berpisah walau sesat. iaitu apabila roh sangat sayangkan jasad kenali antara satu sama lain.

Roh itu adalah roh nafsu mutmainnah. mutmainnah itu, bersih suci, tidak dikotorkan oleh duniawi walau sedetik. berbentuk menyerupai tubuh manusia dan sentiasa memandang jasad.

nak kenal mutmainnah itu ianya berkalimah seluruh anggota, bercahaya. dapat dilihat seperti kita melihat didalam cermin. Solekan roh itu dengen zikrullah..semakin kuat zikir semakin indah rupa bentuknya

Ini bukan dalam takluk ilmu yg banyak huraian dan pecahan. ini definasi dalam bentuk amali. anda buat, anda lihat. tak buat, tak nampak...maka tiap-tiap diri tau nampak atau tidak nampaknya..manusia atau bukan manusia...usaha tak mahu usaha atas diri masing2

itulah orang kata diri manusia terdiri dari 4.. itulah alif, lam lam ha, kalimah yang bercahaya..bagi yg pernah melihatnya...

kerana alif lam lam ha itu lah diperintah kan seluruh malaikat tunduk pada jasad adam... kalau tidak takkan allah suruh tunduk pada jasad yg diperbuat dari tanah...semua rahsia didalam alquran. jangan sekadar baca dan tiada huraian..


percaya allah itu martabat haiwan

percaya allah itu martabat haiwan dan sekalian makhluk. manusia itu meletakkan sebutan nama kemuliaan allah setiap masa dihati. sekadar percaya itu bab angan2. mana perlaksanaannya? itulah maksud mengisbatkan zat sifat asma afal allah. kekal sentiasa mengingati allah.

kalau bab percaya allah, iblis dan syaitan jauh lebih percaya dan yakin. dimana beza kemuliaan manusia? bahkan kerbau lembu pun sgt percaya pada allah takpernah meminta dan menyembah selain allah.

itulah iman mujammal. iman percaya diamalkan menjadi perlaksanaan. bukan sekadar percaya angan-angan. ada amalan iman itu.taknak amalkan amalan iman, sibuk solat terus, maka neraka wailullah tempatnya. terang ayat quran itu.

Wednesday, February 16, 2011

Pemimpin Mukmin

Seorang pemimpin, adalah bertanggung jawab untuk mengajak org yg dipimpinnya kepada beriman kepada allah s.w.t. bukan seorang pemimpin mengajak mencari kuasa untuk memerintah. Allah adalah sebaik2 pemerintah, sedangkan manusia memimpin bagaimana untuk menjadi hamba allah seperti apa yg ditunjuk ajar oleh rasullullah s.a.w.
tak timbul soal nak merebut kuasa memerintah mana-mana negeri untuk tegakkan islam. Sekarang allah telah berikan kuasa untuk mengajak manusia beriman kepada allah tidak kira pemimpin, guru, ibu bapa, abang, kakak, setiap manusia wajib memimpin pengikutnya kepada beriman kepada allah. barulah mengikut perintah alquran yg lainnya.

Rasullullah s.a.w menyebarkan islam keseluruh dunia bukan kerana gila kuasa pemerintahan, tetapi mengajak manusia kepada beriman kepada allah. menetapkan kuasa pemerintah itu ALLAH, dengan sentiasa memandang kedalam diri supaya tunduk sedar tiada yang lebih berkuasa selain ALLAH..itu yg dipinta...