Sunday, January 3, 2010

Persoalan mengenai dua kalimah syahadah didalam solat.

Dua kalimah syahadah didalam solat

1. Ketika membaca syahadah (dlm tahyat), jari telunjuk kita akan "bangun & menunjuk". Kalo blh, saya nak tau...KENAPA kita buat cam tu? Adakah kita menunjuk ke arah kiblat?

2. Ketika membaca selawat (dlm tahyat), yg mana satu lbih afdhal....dgn menyebut / menambah perkataan "SAIDINA" (...soli'ala Saidina Mohamad) atau tanpa "SAIDINA" (...soli'ala Mohamad)?

Yang pertama

Jari itu tunjuk tu ada pelbagai fahaman.. syahadah dan tunjuk itu bukan rukun solat. CUma dibuat 1 itu pasal jari itu asal kejadian kita didalam perut ibu dijadikan telunjuk..tanda 1 amanah. begitu juga didalam kubur, kedudukan duduk tangan telunjuk tanda 1 amanah.. apa itu 1 amanah? itu lah perjanjian didalam perut ibu..iaitu menyaksikan, menyebut ALLAH didalam kalbu(hati) tanpa lalai walau sesaat.

Yang kedua,

Saidina dan tanpa saidina itu menunjukkan nabi dan rasul.. tahyat pertama kita baca tanpa SAIDINA kerana menunjukkan rasullullah ketika nabi (belum jadi rasul) dan tahyat kedua kita sebut Saidina menunjukkan rasullullah yg telah diangkat menjadi rasul setelah 15 tahun didalam gua hiraq berzikir ALLAH didalam kalbu. (mengikut perjanjian didalam perut ibu)

Dua kalimah syahadah didalam solat itu sekadar lafaz. (lafaz atau niat) wajib dibuat amalnya.. apa maksud syahadah : syahadah itu ertinya penyaksian, telah tersaksi, telah terlihat, menyaksi, kalau sekadar lafaz, bukan lah syahadah.

apakah amalan syahadah? itu lah menyebut dan mendengar sebutan ALLAh didalam kalbu setiap saat..tidak kira dalam keadaan apa jua sekali pun

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah diperintahkan oleh Allah (hati) supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (itulah kalbi atau hati.)

Lelaki yang berimannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan (kemudian barulah) mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya hati tak tenteram.” An-nur ayat 36-37

Didalam ayat ini dinyatakan nur cahaya didalam kalbu orang beriman..tidak lalai walau sesaat, itulah amalan syahadah..barulah elok solatnya, zakat dan sebagainya.

BUat masa ini carilah iman dahulu (cahaya kalimah) solat sekadar latihan.. tidak diterima solat itu malainkan solat orang-orang mukmin dan solat orang-orang yg mengikut org mukmin. nak dapat mukmin kene beriman dahulu.

Kubur itu umpama perut ibu. dilahir kan dalam keadaan kelam gelap hanya melihat cahaya kalimah allah, begitu juga di dalam kubur melihat cahaya kalimah allah(bagi org yg beriman) sebab itu hidup didunia ini, cari kalimah tersebut sampai jumpa, terang bercahaya..itulah tanda iman. tanda kasih sayang allah terhadap hamba.. Maka itulah sebabnya rasullullah duduk didalam gua (tempat yang gelap) kerana perjanjian dan keadaan kejadian dan kembalinya manusia itu gelap.

salam

Apa itu Kalimah Allah

Apa itu Kalimah Allah

Allah itu nama yang menghubung denga zat. Zat sendiri tidak bernama..sekadar nama buat manusia kenal hubungan hamba dengan pencipta. (yang bernama itu makhluk) Kalimah allah ialah kalimah kemuliaan. Kalimah ini duduknya didalam kalbu manusia tanda dimuliakan Allah. kalau kalimah ini ditulis diatas kertas, didinding, buku, kitab atau sebutan dibibir, itu sekadar kalimah memuliakan Allah tetapi tidak dimulikan oleh Allah. Kalau kita tidak dimulikan allah, ertinya kita adalah golongan sesat. kerna itu syaitan, iblis, kristian, yahudi, menggunakan kalimah ini.

Maka sebab itu lafaz lailahaillah hendaklah wajib diikuti dengan amalan menyebut nama allah dan mencari kalimah allah dikalbu tanda iman.itulah bezanaya orang beriman dan orang islam munafik, fasiq dan musyrik.

Apa itu munafik :

Mereka melakukan tipu daya terhadap Allah, beribadah untuk dilihat orang, ibadah solat, puasa sekadar pakaian tetapi hati mereka tidak menyebut nama allah bahkan sedikit sahaja kalau sebut. Ibadah orang ini bertujuan untuk mendapatkan sesuatu samada untuk mendapat nama, pangkat, sebutan, atau ibadah untuk mengumpul pahala.

Orang-orang ini apabila tiba bulan ramadhan atau hari jumaat mereka sibuk kemasjid untuk bersama orang beriman tetapi dibulan lain mereka amat malas untuk melakukan solat. Untuk kenali mereka mudah sahaja, pergilah ke masjid2 dimalam hari ketika bulan ramadhan.

Lihat pada hari jumaat, masjid yang biasa nya lengang di waktu-waktu lain, tiba-tiba menjadi sesak. Ini lah orang-orang munafik yang ibadah amalnya kerna satu sebab. Padahal tujuan hidup itu 100% untuk beribadah kepada allah. Bukan tunggu hari jumaat atau bulan ramdhan sahaja.

Apa itu Fasiq :

Fasiq ialah orang yang beribadah tapi tiada ilmu iman. Ibadah secara adat, ikutan, keturunan tanpa ujud iman dihati(kalbu). Golongan ini yang paling ramai dikalangan umat islam. Orang lain puasa, zakat, haji mereka turut ikuti, tetapi meraka tiada hubungan kalbu dengan rohani. Kalau kalbu tidak berhubung dengan rohani artinya ibadah pakaian sekadar feeli(gerak geri, perbuatan), kauli (perkataan, bacaan) tetapi tidak diikuti denagan kalbi(hati) yang mengingati dan menyebut nama Allah setiap masa didalam apa jua keadaan.

Apa itu Musyrik.

Musryik ialah orang yang mengaku Allah itu satu, atau Allah itu tuhan tetapi mengangkat satu-satu makluk setaraf dengan Allah. Golongan ini yang paling ramai didalam neraka tanpa mereka sendir I disedari.

Ada yang musyrik secara terang-terangan dengan berdoa kepada patung-patung, memohon hajat kepada kuburan, meminta bantuan pada jin, khadam, iblis atau syaitan. Atau yang musyrik tanpa disedari dengan mengangkat kerajaan dapat menjamin kesejahteraan Negara, menanggap pemimpin dapat memberikan kehidupan yang lebih terjamin, menganggap satu-satu makhluk itu berkuasa seperti peralatan canggih dapat menjamin kemenangan, mengangkat sesama makluk sebagai jaminan keselamatan, ubat dapat menyembuh, dan banyak lagi unsure-unsur syirik yang ada dikalangan umat islam itu sendiri tanpa disedari.

Dengan syirik yang dilakukan ini, mereka boleh menjadi kafir kerna telah melupakan setiap sesuatu terjadi semata-mata kerna izin Allah.

Bersambung..