Saturday, July 31, 2010

Kenapa surah Al-ALAQ menyesat kan manusia?

setinggi-tinggi ilmu, masih boleh ditakluki nafsu..allah dan rasullullah tidak mengajar kita untuk mencari ilmu semata-mata..tetapi rasullullah minta kita mencari ilmu untuk mendapatkan hidayah, kerana hidayah itu tiada iblis atau nafsu yg dapat memesongkannya. Macam mana nak dapat ilmu hidayah ini?
Bab ilmu dan hidayah ni sya tak nak pergi jauh2..cukupl ah kita baca ayat dalam surah pertama yg diturunkan..iqraq. bismirabbikal lazikholak.. berapa ramai kita telah disesatkan kemudian kita menyesatkan pula anak cucu keturunan kita?

Allah perintah ayat itu iqraq bismirabbikal lazi kolak. Selepas IQRAQ itu tiada noktah.. kenapa hari ini kita menoktah kan ayat tersebut? Astazghfirullah hal azim… dalam bahasa melayunya.. Bacalah, (sebutlah, perkatakanlah, lafazkanlah, zikirlah) dengan nama tuhanmu yg menjadikan.. artinya..sebutlah nama ALLAH, zikirlah nama ALLAH, lafazkanlah nama ALLAH yang menjadikan (menciptakan)…bukan suruh rasullullah mengaji, menuntut ilmu..disuruh sebut nama allah..

Yg duk tafsir iqraq tu suruh cari ilmu tu paderi kristian, paderi yahudi, org2 munafik, jahiliah kafir..kitab2, ulama2, dan semua manusia yg meninggi-ninggikan org yg berilmu, bukan hidayah allah…yag tak yakin allah boleh bagi ilmu..

Allah perintah rasullullah suruh sebut nama allah…bukan suruh rasullullah masuk sekolah..kenapa nak suruh rasullullah sebut nama allah? Pasal allah kata, kholakal insan namin alak. Iaitu menjadikan MANUSIA dari segulmpal darah(HATI)..haa.. MANUSIA(INSAN) itu tercipta dari hati…apa yg ada pada hati ini? Kerana hati itu boleh berkata2, boleh melafazkan, boleh berzikir, diingatkan kepada rasul, hidupkan hati mu, bukan wahai rasul, kamu pergilah kesekolah usuluddin, sekolah pondok, university, atau mengkaji kitab, atau mengikut ulama2 hebat, org berilmu yg hebat, tidak…tidak sama sekali..sebab kamu belum jadi manusia kalau hati kamu sekejap ingat, sekejap lupa…macam haiwan..ada hati tapi tak sebut ALLAH(alif lam lam ha), sebab tu dia jadi haiwan..(haiwan zikirnya subhanallah)

Habis tu nanti tak bodohkah rasullullah kalau tak sekolah…astaghfirullah… iqraq warabbukal akram, “sebutlah, zikirlah, (nama allah) tuhan mu maha pemurah..maka wahai rasul, kamu ikut lah sebutlah nama allah, dapatlah pemurah dari allah..ilmu itu dari allah, pemurah hidayah allah itu dari allah, hidayah allah tidak ada pada ustaz, pada ahli mursyid, pada ulama, pada wali, tapi pada ALLAH…adakah kamu takut jadi bodoh kalau tak sekolah? Allah kata rasul, tak payah..kamu hidupkan hati menyebut nama allah..itu lah punca NUR..bila kamu sebut kamu lah yg dinamakan manusia..(kholakal insan “dijadikan manusia” dari hati..BUkan dari tanah…bukan dari bulu, daging, kuku, tulang tetapi HATI… tapi kalau hati itu lalai, kamu jadi lah haiwan…kamu nak masuk sekolah sebagai haiwan ker?

Kalau hati masih lalai, kita adalah haiwan, tgk mati pun jadi bangkai, busuk.. kenapa ada org mati tak jadi bangkai, wangi, kerana mereka ini manusia..(dipelihara allah) allah tunjukkan lagi bukti manusia tu haiwan..busuk, bangkai…kalau belum sebati zikir dengan roh dan jasad.

OK sambung.. tak percaya sebut nama allah, dapat pemurah allah, dapat hidayah allah juga? Allah sambung lagi ayat itu, allazi allama bil kalam.. dialah sebenar benar yg mengajar dengan kalam(bentuk-bentuk kehidupan) allah nak umumkan dialah GURU (tiada guru mursyid selain allah)….kepada manusia(bukan haiwan) yg mahu zikrullah tadi..yg nak jadi haiwan(tak mau juga zikrullah), boleh ke sekolah haiwan..sekolah tu manusia la..pada pandangan mata kita..

Ada yang masih was-was juga allah boleh jadi guru ke? Tak cukup lagi (sebab allah tau manusia di lembab kepala hotaknya) allah bagi lagi bonus satu lagi ayat terakhir..kalau tak faham juga, lantak korang lah..ayatnya berbunyi “ allamal insan nama lam yak lam” Dia mengajar manusia apa yg tidak diketahui nya”.. aada ke ayat tu kata, makluk mengjar makluk? Atau allah yg mengajar manusia?
Tapi manusia tetap dalam kebodohannya… “sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. (solat rugi, sedekah rugi, puasa rugi, taubat rugi, melainkan ada iman..dah beriman, baru boleh solat, puasa…bukan dmak bapak islam boleh puasa..boleh solat, itu haram hukumnya..hukumnya masuk neraka..neraka wailul bagi org yg solat main2..takde iman..hati lalai…

apakah islam terlalu zuhud, sehingga siapa yg tidak berzikir itu sesat?.. semamngnya satu tamparan yg sangat besar buat org islam apa bila dikeluarkan ayat2 diatas..tetapi tidak kepada org beriman. kerana asas iman itu zikrullah dihati setiap saat tanpa henti.. tidak disuruh solat, bahkan solat itu haram buat orang islam, tetapi wajib kepada orang beriman..(cari ayat mana didalam alquran menyuruh org islam solat") iaitu org-org yg hatinya sudah tidak dilalaikan oleh zikrullah (Surah an-nur ayat 37) "lelaki yg kuat imannya, yg tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli dari menyebut serta mengingati allah" (apa kah surah ini ada menyebut lelaki itu sekali sekala lalai?)

perintah allah surah al-ahzab “hai org2 beriman(maaf bukan utk org islam..org islam dikecualikan) berzikirlah dengngan menyebut ALLAH(alif lam lam ha) dgn zikir yg sebanyaknya…” ahzab-41.
“Sesungguhnya telah ada pada diri rasulullah satu teladan yg baik(ini hadis alquran) bukan hadis palsu bagi org yg mengharap rahmat allah dan hari kiamat, dan dia(rasul itu) banyak menyebut ALLAH..ahzab-21

“syaitan telah menguasai mereka, lalu menjadikan mereka lupa mengingati allah( hati yg lalai) mereka itulah golongan syaitan” org yg tidak berzikrullah itu dah la dicop sesat oleh allah, digolongkan pula golongan syaitan..” - mujaadilah 19

Kenapa kita mati jadi bangkai juga?

kesian kita kalau lepas mati tiada amalan, jadi bangkai juga.. pasal, roh dan jasad tidak sebati lagi...sebab tu ramai yg jadi bangkai lepas mati, macam haiwan, mati jadi bangkai..pasal tak tau amalan apa nak buat, sebab apa jadi bangkai, sebab roh tidak mahu kembali kejasad, rosaklah jasad dimakan ulat...

Didalam alquran sudah dijanjikan pelihara dan berbahgia kepada orang mukmin.. allah janji pelihara dunia dan akhirat serta berbahgia pula.. kalau dah jadi bangkai tu maksudnya tidak dapat pelihara allah..allah tidak menipu dalam menyebut memelihara dan berbahgia kepada hambanya? tetapi manusia yg suka menipu diri mereka sendiri..

Amal ini bukan bab amalan jasad, jasad sudah tidak bergerak, tetapi roh tidak mati, roh ini yg nak beramal...dimana tempat dia nak beramal, sudah pasti tempah yg dulu dicintainya..iaitu kalbun yg ada pada jasad tadi...

Bab amal ketika dalam kubur ini ,bukan bab amal untuk dapatkan pahala, ini amalan kalbun mukminin, kecintaan hati kepada penciptanya.. hati yg kekal mencintai allah..sudah berkilau dengan kalimah allah sebab masa hidupnya sentiasa mengingati dan menyebut ALLAH.. itu yg dikatakan kuburnya terang..

Kita perhatikan kenapa kalau kita kekubur disuruh bagi salam? org dalam kubur tu kan dah mati.. artinya org didalam kubur masih menjawabnya..itu juga sebahgian amalan... kenapa rasullullah telah wafat, setiap kali kita berselawat, baginda menjawabnya? kan rasullullah dah wafat, nak buat apa selawat lagi, itu amalan baginda..itu tanda nya org yg mati, itu bukan lah mati betul2, mereka mendengar, melihat, merasa, dan mampu beramal...


Allah lah yg mengetahui ilmu ghaib, dan sedikit dari manusia ini yg mengetahuinya, iaitu org2 yg dikehendakinya dengan jalan hidayah..

zikrullah, hati sebut ALLAH itu kekal selamanya..kerana allah kata nak jadi manusia wajib ada zikrullah... yg nak masuk syurga itu manusia, bukan haiwan..maka kene ada amalan jadi manusia..

"iqraq bismirabbikal lazi kholak, kholakal insan namin alak" sebutlah nama allah yg menjadikan,(semua makhluk) tetapi, dia menjadikan manusia dari hati"..iaitu hati tempat sebut nama allah tadi..

Sebabtu allah kata kalau kamu tidak tahu tanyalah Ahli zikir.. allah tak tulis dalam alquran tu, tanya ustaz? Allah tak suruh tanya org yg berilmu(tanpa hidayah).. Pasal org berilmu ini ilmunya ikut nafsu, rasullullah mengajar dgn ilmu hidayah.. "maka tanyalah kepada Ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui" al-anbiya : 7..

Nak jadi ahli zikir bukan boleh blajar di mesir 5-6 tahun, bukan boleh dpat di UIA 3-4 tahun, kene berzikir puluh-puluh tahun.. rasullullah sendiri duduk dalam gua hiraq 15 tahun..zikir semata....sebab tu sampai hari ini umat islam makin jauh tersesatnya..mati masih jadi bangkai, hidup dapat ditikam orang, dirompak, tidak mendapat pelihara allah.

Ingat satu je..setinggi-tinggi ilmu, ilmu masih boleh ditakluki nafsu..
tinggi mana seseorang ulama itu balajar bukan ukuran ,tetapi sejauh mana hidayah yg telah diterima oleh seseorang ulama itu.. adakah hidayah yg kekal, atau hidayah sementara..

selagi tiada ilmu hidayah, tak boleh menjadi ustaz/ulama.. kalau kita lihat dalam alquran dan kira berapa ayat allah beri amaran kepada orng yg berdusta dengan ayat-ayat allah? (org yg memutar belitkan alquran?) bukan satu -dua ayat, beratus-ratus ayat.. itulah tanda org yg memutar belit alquran itu ramai, ramai ulama, ustaz, kitab yg menipu..terlalu ramai.. yg betul itu sedikit..allah dah firman "hanya sedikit kamu beriman"... dan allah dah berfirman "sebaik-baik golongan(orang yang beriman dari segi jumlah dan keimanan) adalah dizaman rasullullah..maksudnya kalau zaman rasullullah sahabat ada 500 org, hari ini yg beriman itu tidak akan capai pun jumlahnya 500 orang dalam dunia ini.

Kalau jumpa ustaz/ulama, minta ajarkan ilmu pelihara allah.nak buat apa solat, puasa, zakat haji kalau mati jadi balik jadi bangkai, tidak mendapat pelihara allah..? itu lah solat, puasa, zakat, org-orang fasiq- munafik dan musyrik..

Bagaimana nak tau kita mendapat pelihara allah atau tidak? kalau kita makan kuih manis, ada tak rasa manisnya? kalau makan kuih hangit ada tak pahitnya? nampak tak manis dan pahit? tak nampak..tapi ktia tahu? ye kita tahu..ilmu allah itu banyak yg ghaib2..cuma bukan semua orang yg dapat..tapi ilmu itu ada..belajarlah..

sebab tu mencari ilmu itu wajib..tapi ilmu yg bagaimana? ILMU IMAN YG WAJIB BELAJAR..

Dalam ilmu iman terkandung ilmu roh, ilmu nafsu, ilmu amal syahadah..kalau tak tau ilmu roh, sampai tua solat tak diterima..
"sesunguhnya berjayalah orrg yang mensucikan dirinya." al-a`la ayat 14. siapa diri itu, itu lah roh.. roh kene kenal dulu..allah tidak boleh kita kenal dia bukan makhluk, tapi allah ciptakan makluk yg kta bileh kenal... "mensuci" ini tasauf.. nak cuci dengan apa? baca alquran banyak2 tu cuci gigi je, tapi memahami alquran itu cuci hati.. bagai mana pula nak cuci batin hati?(kalbun - tempat roh) bab sufi, ini pun wajiblah tau. sket je allah jawab "dan yg menyebut2 nama tuhannya(ALLAH) bukan sebut 99 nama sifat, atau bukan selawat, atau tahmid, tasbih, tapi allah kata yg sebut nama dia ..(ALLAH)...baru lah kusyuk solatnya " al-a'la:15

nak jadi orang beriman, tapi ilmu iman tak mau cari... jemaah solat ada, jemaah ramadhan ada, jemaah haji ada, tapi mana jemaah iman?

"demi masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian, melainkan orang BERIMAN dan baru beramal saleh.. solat rugi, puasa rugi, zakat rugi, sedekah rugi, kahwin rugi, semuanya rugi kalau tiada IMAN...

kalau iman itu sekdar percaya, haiwan pun percaya allah..syaitan pun percaya allah..

Rasullullah ada amalan jasad, ada amalan hati.. kalau kita ambil amalan jasad sahaja, rugi lah, pasal rasullullah itu juga buat amalan hati..

iman itu ada dua, satu iman mufassar, percaya kepada allah, rasul, malaikat..seterusnya..

dan ada lagi satu iaitu iman mujammal..iaitu disatukan kepercayaan tadi menjadi satu..tempat letaknya dihati..iaitu amalnya dengan mendegar hati menyebut ALLAH setiap saat.

walakinallah (allah ajdikan) habbaba ilaikum (kecintaanmu) al iman (iman itu) wazainahu (dihiaskan cantik) kulubuhum (di hati kamu)" al-hujerat:7
Iman itu berbentuk ALIF LAM LAM HA, bercahaya terang, cantik bila sudah terlihat..kalau blom terlihat gelap je....cantik yg kalau org buta yang melihatnya, dia lebih celik dari org yg tak buta...nak dapat lihat, ikut amalan jasad dan hati rasullullah.

"janganlah kamu lalai dari mengingati ALLAH"..

iman mujammal semuanya terkandung dalam kalimah muhamamdar rasulullah.. maksudnya Rasul itu ada jasad, dan ada hati, wajib ikut amalan jasad dan amalan hati rasullullah...

kalimah lailahaillah itu kalimah islam.. siapa sahaja yg mengaku tuhan itu allah, dia islam. pokok, batu, kayu, haiwan semua mengaku allah yg menjadikan mereka lalu mereka bertasbih kepada allah, mereka juga islam..tak kira siapa, bayi yg baru lahir, juga telah islam, semua 7 langit 7 bumi itu makluknya semua islam melainkan makluk yg kemudiannya mengatakan ada yg lain selain dari allah, barulah dia menjadi kafir

jadi islam itu UMUM..tiada kemuliaan, hanya sekadar memuliakan allah..allah dah kata islam itu dalam kerugian..nak juga cari iman..

apa amalan iman? iman itu mengambil semua mufassar tadi, diletakkan menjadi satu perbuatan..iaitu zikir sebut ALLAH..tempatnya HATI.. kenapa perlu zikir? kerana kalau kita tidak mahu zikir ini, kita duduk lah dalam takuk lailahaillallah, atau takuk islam sama dengan haiwan..sebab kita tidak ambil muhamamdar rasullullah,(kalimah iman) iaitu amalan jasad dan hati rasullullah menyebut dan mengingati allah...

"Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, bagi orang Yang sentiasa mengharapkan Allah dan hari akhirat, serta ia(rasullulah) pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak" banyak-banyak tu bukan 33 biji tasbih, bukan 100 biji, bukan juga 1000 biji..tapi tak terkira..pasal
satu saat lalai, iblis masuk alam hati..

mana dalilnya? surah al-alaq : "iqraq (sebutlah, zikirlah, perkatakanlah) bismirabbika(nama tuhan kamu- iaitu ALLAH) allazi kholak. yg menjadikan (semua makluk.) kholakal insan, menjadikan insan(MANUSIA) dari ..namin alaq(hati)....
ini surah pertama rasullulah dapat..ini adalah perintah suruh jadi manusia dulu...kalau tak mau amal ini, tetap duduk dalam islam(sama dengan haiwan)..

tapi allah kata, nak beriman syaratnya jadi manusia.. wahai rasullullah..sudah 15 tahun kamu turun naik kedalam gua hiraq mengingati ku (Tuan punya kaabah - kerana gua hiraq itu betul-betul terletak depannya kaabah..) maka hari ini aku nak berikan tugas baru kepada kamu tidak lain apa yg dah kamu buat selama 15 tahun itu benar, iqraq bismirabbikallazi kholak.. (sebutlah nama ALLAH yg menjadikan) kholakal insan namin alak..(menjadikan manusia dari hati) dan hari ini kamu adalah manusia kerana hati kamu meyebut nama ku (ALLAH)...



"fawailul lil khosiah (celakalah org yg degil) kulubuhum hatinya, (min zikrillah) tak mau zikir ALLAH, ulaika fi dola limmubin(mnereka itu dalam kesesatan yang nyata" al-zumar :22) <--bacalah dalam bahasa arab..jgn baca tafsir..yg tafsir tu belum tentu mata hati nya dah terbuka.. allah kata sesat terus.. maksudnya salah jalan, sila patah balik kebelakang..kalau teruskan juga, keneraka lah..

"wazakkir (dan berzikirlah) rabbaka (nama tuhan kamu - ALLAH) fi nafsika (di hati kamu)".....al-aaraf:205

setiap hari bertasbih, tahmid lepas solat, ingat dah jadi baik dah, jangan kata baik, semut yg kecil tu satu saat tak lupa tasbih kepada allah...mana nak campakkan tasbih kita yg 33 biji itu? burung punya tasbih sepanjang kepak dia turun naik itu..sekali terbang berapa juta tasbih? dimana manusia kata dia dah kuat ibadah?

sabar? pernah tgk pohon yg kering ditengah padang pasir? ada pohon tersebut merintih kepanasan? ada pohon tu jalan walau setapak untuk mencari air? kerana apa? kerana pokok itu sabar dengan dugaan allah, dan pokok tadi percaya(IMAN) allah yg memberi rezki...
kalau iman itu sekadar percaya, beerti pokok juga tergolong dalam orang beriman...



jadi nak bezakan haiwan dan manusia itu, amal hatinya..amal hati baru jadi beriman(sebut, amalkan)...belum lagi mukmin(terbukti iman, syahadah, sudah ternampak..)
kalau iman tadi baru duduk takuk percaya..tapi mukmin, duduk takuk nampak, sudah terlihat, terbukti melihat..

kalau kita kata. aku percaya didalam gua itu ada emas.. tetapi seorang lagi kata, aku dah nampak didalam gua tadi ada emas.. mana yg lebih elok? pastinya orang yg dah terlihat iaitu mukmin.(terbukti, ternampak, sudah berkekalan iman).. nak jadi mukmin, kena cari iman dahulu.. nak dpat iman kene cari ilmu iman dan amalkan amalan iman...


bila dah ternampak, baru lah syaitan menjadi lawan(sebab dah nampak) barulah malaikat jadi sahabat(sudah nampak)..barulah datang hidayah-hidayah allah..

ni mata hati tak nampak, nak anggap syaitan jadi musuh macam mana? hari-hari kene tikam je lah ...:)