Friday, March 25, 2011

Amalan percaya allah..baru jadi manusia

perkataan PERCAYA ALLAH, dimana amalannya? sebut percaya tetapi nak diamalkan percaya itu bagai mana? adakah 10 minit percaya (ketika solat), lagi 23 jam 50 minit tidak percaya (LALAI).. maka yang lalai ini lah yg akan dipersoalkan...sedangkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah lalai dari percaya allah.

jangan berilmu sekadar percaya, carilah dimana amalan percaya itu...sehingga mendapat pengesahannya. Dah dapat pengesahan itu barulah dinamakan syahadah. (baru sah rukun islam pertama)

kalau sekadar percaya allah, samalah dengan lembu kerbau kambin..manusia itu ada percaya dan ada amalan percaya(AMANAH).. tak buat amanah, maka tak jadilah manusia.

Tafsir MANUSIA.

tafsiran MANUSIA org kebanyakan : iaitu yg bertubuh berdiri, berkepala, tangan kaki, ada mata-ada telinga..tafsiran MANUSIA menurut alquran : iaitu apabila mesra jasad dan roh sehingga tidak berpisah walau sesat. iaitu apabila roh sangat sayangkan jasad kenali antara satu sama lain.

Roh itu adalah roh nafsu mutmainnah. mutmainnah itu, bersih suci, tidak dikotorkan oleh duniawi walau sedetik. berbentuk menyerupai tubuh manusia dan sentiasa memandang jasad.

nak kenal mutmainnah itu ianya berkalimah seluruh anggota, bercahaya. dapat dilihat seperti kita melihat didalam cermin. Solekan roh itu dengen zikrullah..semakin kuat zikir semakin indah rupa bentuknya

Ini bukan dalam takluk ilmu yg banyak huraian dan pecahan. ini definasi dalam bentuk amali. anda buat, anda lihat. tak buat, tak nampak...maka tiap-tiap diri tau nampak atau tidak nampaknya..manusia atau bukan manusia...usaha tak mahu usaha atas diri masing2

itulah orang kata diri manusia terdiri dari 4.. itulah alif, lam lam ha, kalimah yang bercahaya..bagi yg pernah melihatnya...

kerana alif lam lam ha itu lah diperintah kan seluruh malaikat tunduk pada jasad adam... kalau tidak takkan allah suruh tunduk pada jasad yg diperbuat dari tanah...semua rahsia didalam alquran. jangan sekadar baca dan tiada huraian..


percaya allah itu martabat haiwan

percaya allah itu martabat haiwan dan sekalian makhluk. manusia itu meletakkan sebutan nama kemuliaan allah setiap masa dihati. sekadar percaya itu bab angan2. mana perlaksanaannya? itulah maksud mengisbatkan zat sifat asma afal allah. kekal sentiasa mengingati allah.

kalau bab percaya allah, iblis dan syaitan jauh lebih percaya dan yakin. dimana beza kemuliaan manusia? bahkan kerbau lembu pun sgt percaya pada allah takpernah meminta dan menyembah selain allah.

itulah iman mujammal. iman percaya diamalkan menjadi perlaksanaan. bukan sekadar percaya angan-angan. ada amalan iman itu.taknak amalkan amalan iman, sibuk solat terus, maka neraka wailullah tempatnya. terang ayat quran itu.