Saturday, August 28, 2010

sekadar ingatan..

Belajar ilmu islam, sampai bila2 kita sekadar islam. carilah ilmu Iman. Jgn cari ilmu soal kubur, carilah ilmu dipelihara allah dunia akhirat selamat dari soal kubur, mahsyar dan neraka. Jgn cari ilmu saktinya mati, hancur dimakan tanah, carilah ilmu mati dengan tenang dan jasad terpelihara. Jgn cari ilmu amal jasad sahaja, carilah ilmu amal jasad, hati dan roh, jgn cari ilmu baca quran, tetapi carilah ilmu untuk fahami quran. jgn ikut org islam, tapi ikutlah org mukmin. jgn skdr blajar ilmu syariat, carilah ilmu untuk mendapat hidayah allah..jgn mati dalam islam, tapi matilah dalam muslim(Beriman). Jgn beramal kerana pahala, beramallah kerana diri hamba.

Friday, August 27, 2010

Paderi & Kunci Syurga



Tujuan asal ustaz ini berkhutbah sangat baik..tetapi samaada rakan kepada ustaz tadi yg menipu..atau ustaz tersebut sengaja nak sedapkan khutbahnya...ambil lah kebaikan dari peristiwa ini.. Kunci syurga bukan ucapan Lailahaillah muhammadar rasullullah...tetapi setiap amalan yg dilakukan dengan keimanan lailahaillah muhammadar rasullullah..

Cerita asal Abu Yazid Bustami...Paderi & Kunci Syurga
Seorang pemuda yang dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke gereja Samaan. Tiga kali mimpinya itu berulang. Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara yang diberitahu dalam mimpinya.

Ia masuk ke gereja Samaan tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir. Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi. Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap. Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu. Katanya, "ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Semua paderi menjadi gempar dan mereka mahu orang itu di bunuh. Namun ketua paderi menghalang, sebaliknya ketua paderi meminta orang itu bangun supaya mereka dapat mengenalinya. Sebaliknya pemuda itu pun bangun, tanpa rasa takut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan Dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum Dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah Dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api,siapakah yang diazab dengan api Dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu Dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakanAllah Dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan Dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemudaitu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.
Setelah membaca BISMILLAH dia berkata;

" Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan Kami jadikan malam Dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).

Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil Dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur Dan al-Qur'an.

Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlahHari ketika Allah s.w.t. Menciptakan makhluk.

Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. Berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3).

Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy AR-Rahman. Allah s.w.t. Berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada Hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haaqqah: 17).

Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu Dan belalang.*

Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. Berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.

Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas Mata air." (Al-Baqarah: 60).

Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah Dan ibunya.

Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

Mereka yang berdusta namun masuk kedalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya;

"Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala. (Yusuf:17)

"Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Pada hari ini tak ada cercaan terhadap kamu, mudah-mudahan Allah mengampuni (kamu), dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang." (Yusuf:92)

Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagi muka pada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).

Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).

Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?"

mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kebimbangannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda."

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

(Di petik dan disusun dari Mausu'ah al-Qishash al-Waqi'ah)
Nota: Cerita sebenar diyakini dari pengalaman seorang tokoh Sufi Islam Abu Yazid Al-Busthami,terdapat versi lain yang mengandungi 50 soalan paderi Kristian tersebut)

Sunday, August 8, 2010

Nikah Batin : Penyatuan jasad dan Roh.

Nikah batin : iaitu penyatuan antara jasad dan roh. Jasad yg punyai hati(kalbu) sentiasa mengingati allah, disayangi roh nafsu mutmainnah. Pernikahan mengakrabkan hubungan yg terbentuk di kalbun(batin hati) akan memperoleh kesempurnaan penyaksian terhadap kalimah kemuliaan allah.. bila dah bersatu, barulah jadi manusia.... jasad terpelihara dunia akhirat..kalau ikut hati(kalbi)-lalai jadilah haiwan, dapat kerugian..

Jasad manusia + roh haiwan=xsah. Jasad manusia+roh syaitan=xsah. Jasad manusia + jasad manusia (secara batin) = xsah. jsad manusia + roh manusia, baru lah sah...roh dan malaikat itu makhluk yg boleh dikenal. Allah itu sendiri tidak boleh dikenal melainkan kemuliaan, sifat, zat, asma dan felinya shaja....maka carilah yg boleh dikenali dulu..

jadi dikehendakkan kita peratikan dalam diri kita, adakah roh yg didalam itu roh manusia, roh haiwan atau roh syaitan..

nak kenal roh syaitan, ialah bila dalam diri itu mengajak berbuat kemungkaran, malas solat, niat nak menipu org, niat nak curi tulang, atau kalau ajak kebaikan mesti nakkan ganjaran.. tolong org kerna maukan sesuatu, sedekah, harapkan balasan, solat, harap kan pahala, puasa, harapkan pahala. pahala itu ganjaran..bukan mengharap. selalu ingat dunia..fikikan harta, anak2 dan sbgainya.

Roh haiwan pula, asyik teringat nak makan, tamak, ingat nak berpasang-pasangan, tidak fikir kepayahan org lain, harta orang, harta kita, dan ada kebaikan roh haiwan, kasih sayang, tolong menolong, selalu ingat ciptaan allah, menghargai pemberian allah, tapi tak mau sebut nama kemuliaan allah dihati. asyik ingat makluk ciptaan allah, tapi tidak mahu ingat allah. banyak amalan luaran, kaki, tangan, lidah, tetapi berat nak lakukan amalan hati.

Roh manusia : amalan, kerja, kehendak, kelakuan yg dilakukan jasad, sentiasa disertakan ingatan kepada Allah tidak lalai sedikit pun. Tidak cintakan dunia, selalu memikirkan kehidupan akhirat berbanding dunia, beramal mendapat keseronokan, ...beramal mendapat hasil, terbuka hijab2, kenal siapa syaitan, kenal siapa malaikat, kenal siapa roh. kenal dengan pengalaman, bukan dengan bacaan, atau penceritaan orang lain. hidup dipelihara allah, sentiasa tenang, tidak gentar melainkan gentar kepada allah sahaja, hidup dengan satu tanda iaitu kalimah kemuliaan didada..

Saturday, August 7, 2010

Rosak hati, rosak lah jasad..

HATI manusia mengawal pergerakan jasadnya. Jika hati seseorang bersih, jasadnya juga turut melakukan kebaikan, sebaliknya hati yang kotor akan membawanya membuat perkara-perkara yang ditegah agama. Keadaan hati, sama ada bersih atau kotor mempunyai pertalian rapat dengan keimanan dan ketakwaan individu.

Dari Nu'man bin Basyir diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mengingatkan mengenai kepentingan menjaga hati, yang bermaksud : "Ingatlah sesungguhnya di dalam jasad manusia itu ada seketul darah, jika ia baik, maka baiklah jasad. Jika ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Itulah dia hati."

Rosak disini bermaksud rosak semasa hidup, dan rosak setelah mati. Jasad pula bermaksud dari segi fizikal dan amalannya. Rosak fizikal artinya binasa oleh musuh, rosak amalannya pula menggambarkan amlan-amalan yg terbatal. Jasad org yg bersih suci hatinya akan dipelihara oleh Allah di dunia, kubur dan ahkhirat.

Hadis ini memberi gambaran bahawa hati manusia yang rosak boleh diibaratkan sebuah komputer yang mempunyai virus. Ia mengganggu sistem komputer dan mencacatkan penggunaannya. Begitulah hati, jika ia dijangkiti, seluruh badan akan rosak.

Di dalam Al-Quran ada ayat yang menyentuh mengenai hati dengan pelbagai istilah. Melalui ayat-ayat itu juga diterangkan, hati dapat dijaga dan diubati hanya dengan bertakwa atau beriman kepada Allah Subhanahu Wataala.

Tanda-tanda takwa atau takut kepada Allah itu dapat dilihat dalam tujuh perkara. Pertama, seseorang itu menjaga semua amalannya dengan melakukan kerana ALlah. Seseorang yang takut kepada allah akan mengingatiNya dimana sahaja dia berada, kerana mengetahui allah melihat apa yg sedang dikerjakan.

Kedua, dia menjaga hati agar bersih daripada sifat hasad yang memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu. jauh daripada Ghibah seperti membuat fitnah, mengumpat, mengadu domba dan sebagainya.

Selain itu, pandangan juga dipelihara daripada melihat perkara-perkara haram yang boleh menggelapkan hati. Sebab itu berpalinglah daripada melihat perkara-perkara terlarang untuk mendidik hati. Bagaimanapun diharuskan kita memandang dengan penuh keinsafan atau untuk mengambil iktibar.

Keempat, menjaga perut agar tidak diisi dengan yang haram, kerana malaikat akan melaknat selagi barang yang haram berada di dalam tubuh kita. Orang yang menjaga hati, nafsunya kan tunduk.

Kelima, menjaga kedua-dua tangan supaya tidak digunakan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan haram.

Begitu juga kedua-dua kaki dipelihara supaya sentiasa melangkah untuk taat kepada Allah Subhanahu Wataala. Seeloknya bila melangkah keluar disertai dengan zikrullah kekal dalam ingatan kepada Allah kerana allah berfirman "sudah menjadi tugas kami untuk memelihara org-orag yang beriman". (sentiasa ingat allah)

Yang terakhir, ketaatan dapat dilihat apabila seseorang melakukan sesuatu semata-mata untuk mencari keredaan Allah Subhanahu Wataala serta takut kepada sifat-sifat riak, ujub, takkabbur menunjuk-nunjuk dan sebagainya. Seseorang yg hatinya baik dapat dilihat dari sifat kerendahannya.

Hati dan hubungan kita dengan ketaatan terhadap Allah Subhanahu Wataala amat rapat. Sebab itu kita hendakah sentiasa mengingati allah dan berdoa meminta-Nya memberi hidayah kepada hati kita agar sentiasa taat kepada-Nya. Hati amat penting kerana apabila rosak, ia menggambarkan pegangan agama kita juga turut rosak.

Jika seseorang bersungguh-sungguh melaksanakan saranan memelihara anggota-anggota di atas, dia termasuk di dalam golongan orang muttaqin yang dijanjikan Allah Subhanahu Wataala dengan Syurga.

Hati yang bersih tidak lalai dari zikrullah memberi gambaran seseorang dapat menepis godaan syaitan. Di dalam diri manusia kita menghadapi dua bisikan iaitu bisikan syaitan dan bisikan malaikat. Bisikan syaitan menggoda manusia. Jika syaitan berjaya menguasai hati, ia akan menguasai seluruh jiwa dan manusia menjadi tidak takut kepada Allah Subhanahu Wataala. Seterusnya lahirlah manusia yang kejam, tidak berperikemanusiaan, pembohong, pembuat fitnah dan sebagainya.

Sebaliknya jika jiwa dipelihara allah, akan dikuasai dengan unsur-unsur kemalaikatan, dengan sendirinya syaitan terhindar dan jadilah kita orang yang bertakwa kepada Allah Subhanahu Wataala, warak, sentiasa mengingati-Nya dan bersyukur.

Di dalam Surah Al-A'raaf ayat 200-201 Allah berfirman yang tafsirnya : "an jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

" Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat allah, maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)."al-araf 201

Tuhan memilih Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam untuk membawa urusan-Nya. Maka semestinya utusan Allah Subhanahu Wataala mempunyai sifat-sifat istimewa, antaranya hati yang bersih. Walaupun hati yg telah bersih, rasullullah masih menunjukkan baginda sendiri sentiasa berzikirullah mengingati allah, kerana hanya dengan zikrullah, hati menjadi bersih.

Dengan hatinya yang bersih itu, orang-orang kafir dan Quraisy tertawan. Kesabaran, keikhlasan dan kemuliaan akhlaknya berpunca daripada hati Baginda yang bersih. Malah orang-orang kafir sendiri mengakui kemuliaan hati Baginda.

Umar Al-Khattab yang dikenali seorang yang keras hati dapat dilembutkan hatinya, bukan dengan kekerasan, tetapi apabila mendengar bacaan Al-Quran, hatinya tertawan dan akhirnya mengubah pegangan serta corak hidupnya.

Berzikir dan mengingati kembali hakikat kejadian manusia (perjanjian ketika didalam perut bu - mengenai zikrullah dikalbu)adalah antara cara mengubat hati supaya beriman kepada-Nya. Dengan berzikir contohnya, hati-hati yang keras sekalipun dapat dilembutkan. Tidak perlulah membaca ayat-ayat Al-Quran yang panjang. Cukuplah sekadar mengingati Allah Subhanahu Wataala kerana Dia telah berjanji akan mengingati-Nya. Dan allah berfirman, banyak2 sebut namanya.

Untuk mendidik hati dan menaikkan taraf kepada golongan muttaqin pula, kita hendakah mencari ilmu bab iman, menguatkan zikrullah dan menyerahkan diri kepada Allah Subhanahu Wataala. Mulakan dengan bertaubat secara bersungguh-sungguh, perbanyakkan ingatan kepada allah.

Taubat sebenar datang daripada hati dan memberi kesan mendalam sehingga dapat merasa diri hampir dengan Tuhan, seterusnya mengubah sikap. Hati yang insaf dan kuat akan menimbulkan rasa takut serta dapat menahan kesabaran dan hawa nafsu.

Jika keimanan dapat ditingkatkan melalui hati, alhamdulillah, kita akan menjadi seorang yang bertakwa.

Petikan asal dari ukhwah.com dikemaskini oleh Rabiatul Adawiyah@jalan menuju kesejahteraan..

Sunday, August 1, 2010

Bagaimana nak cuci hati? Apa rasullullah buat duk terperok di gua hiraq?

Pertama..bab blajar ilmu ketuhanan..(Tauhid - ilmu nabi-nabi).. penamat ilmu tauhid ialah, semua binasa, allah sahaja yang kekal..

Tapi kalau belajar ilmu syahadah(bab iman-ilmu rasullullah).. Allah kekal, Insan terpelihara..
Itu bab pelihara allah, yg rasullullah ajarkan..jasad tak rosak tak binasa..walau beribu-ribu tahun didalam kubur..pasal kasih sayang hamba itu tidak putus..kalau mati(binasa) artinya sudah terputus.tapi bagaimana nak dapat pelihara kekal allah ini, ini yg nak kene betul ilmunya.

ilmu iman ni, nabi-nabi ada, tapi tidak boleh mengajar pasal nabi ajak mentauhidkan allah. tapi rasullullah ajak beriman kepada allah.

sebelum diteruskan..mula-mula baca surah israq ayat 85 "Roh itu urusan allah, kamu tidak diberi ilmu melainkan sedikit" pertama allah kata roh itu urusan allah..bukan urusan iblis.. jadi kita nak dekatkan dengan ilmu tersebut atau nak lari? pasal itu urusan allah lah betapa pentingnya kita ketahui ilmu tersebut. allah kata sedikit sahaja ilmu itu yg kamu tahu.. artinya sedikit, beerti tak ramai yg ambil tahu pasal urusan allah ini..mereka lebih suka ambil tahu urusan duniawi..

azzariyat :21 " dan didalam diri kamu sendiri, kenapa tidak kamu memikirkan" artinya allah kata urusan ku itu wajib kamu tahu..

Kita perhati cerita awal islam, sebelum turunnya al-quran. bermula rasullullah berumur 25 tahun, baginda dah mula tinggal kan perniagaan, tingal kan isteri untuk mencari siapa diri baginda sendiri..

rasullullah naik ke gua hiraq, berhadapan dgn kaabah, duduk disitu adakalanya sampai 2 minggu tak turun makan, minum..apa yg rasullullah tahu ialah, dia tau kaabah itu ada yg punya..allah.. maka itu lah amalan rasullullah duduk dalam gua menyendiri, sambil berfikir memerhati sambil hatinya sebut allah. sebab apa sebut allah, sebab rasullullah ni telah dicucikan hati ketika masih bayi, jadi zikir dalam perut ibu itu tidak hilang.

"alastubirabbikum" akukah tuhan kamu, dari situ janin itu terus tak henti2 jawab..allah..allah..allah
.. maka lekat lah roh kedalam jasad..bersama jantung yg berdegup dan hati yg berzikrullah.

allah kata " diajarkan zikir itu kepada janin lagi..supaya dihari kiamat nanti, manusia tidak akan berkata, kami adalah org2 yg tidak diberi peringatan ( lalai dari zikirullah).." surah al-araf :172.

Jadi didalam janin lagi kita sudah diajar mensucikan diri kita oleh allah sendiri..sebab tu allah suruh lihat dalam diri kamu sendiri" pasal nak suruh kita tumpukan pada hati..nanti boleh dengar sebutan allah...allah..allah..

ok balik cita rasullullah.. sampai lah rasullullah berumur 40 tahun. (setelah 15 tahun berzikir allah..allah..maka turun lah ayat pertama, suruhan pertama, suruhan iman"..) apa ayatnya :

iqraq bismirabbikal lazi kolak. ("zikirlah, sebutlah, katakanlah nama tuhan mu(ALLAH) yg menjadikan.") dimana nak sebut? ("kholkal insan namin alak") menjadikan manusia dari hati..(sebut nama allah dihati, kamu jadi manusia).

Rupa-rupanya setelah 15 tahun duduk dalam gua, ayat pertama turun itu hendak membenarkan pekerjaan yg rasullullah buat selama itu. (bukankah akhlak rasulullah itu al-quran).. rupa nya bukan pekerjaan sia-sia 15 tahun duduk dalam gua, meninggalkan perniagaan, sahabat, dan isteri yg kaya dirumah keseorangan. jadi bila rasullullah amalkan amalan dari surah pertama, maka hari itu rasullullah diangkat menjadi rasul.. (dah bersih betul2 hati rasullullah , baru dapat diangkat jadi rasul)..

sama lah kita ni..hati kita kotor. nak kenal allah, memang tak mampu, allah itu bukan makluk, makluk yg bernama roh pun kita blom kenal, inikan nak kenal pecipta roh. nak kenal roh kita sendiri ini kene cuci diri macam yg rasullullah buat. macam yg allah ajar masa kita dalam perut ibu..

susah sangat ke? tak susah tapi yg jadi susah, sebab iblis dah standby dalam hati. iblis kata, kamu nak solat, solat lah, nak puasa, puasalah, tapi hati kamu jangan sebut allah. tu je keje iblis. pasal iblis ni bijak, kalau hati tak sebut allah, allah kata munafiq dan fasik walaupun kita solat.. bukan kah allah berfirman "kalau bukan kerana aku, nescaya semua manusia sesat oleh iblis"... tak paham lagi ayat tu? hati tu kene ada ALLAh lah..baru lah selamat..selamat bukan kerana zikir, tapi kerana ALLAH yg memelihara sebab sebut nama kemuliaannya.

"sesungguhnya hambaku(siapa hamba? ni nak kene tau..hamba tu org mukmin(hati yg tidak lalai zikrullah)) tiadalah engkau iblis punyai kuasa terhadap mereka, cukuplah tuhanmu menjadi pelindung" al-isra 65.

tu janji allah pelihara dari iblis.. kalau hati tak mau zikrullah percayalah, iblis dah duduk didalam.. iblis pun ada janji dengan allah kan, hanya sedikit dari manusia ni yg tak mampu aku sesatkan kata iblis"

ada allah kata org yg baca ayat quran terpelihara dari iblis? pasal iblis tu hapal alquran..habis sapa yg kata? org yg memandai-mandai tak mau ikut alquran, lepas tu buat hadis sendiri. kalau mulut saja baca, hati kosong kan allah kata munafik, fasik.. disertakan dgn iman, baru dapat pelihara allah.

baca ayat alquran juga bukan pembersih hati, puasa bukan pembersih hati. nak bersih hati, kene amalan hati, rasullullah 20 tahun ajar sahabat bab bersih hati.. bab solat,puasa,zakat,haji 3 tahun je. sebab tu sahabat-sahabat ramai dapat iman yg kukuh (mukmin) tak mati dibunuh, perang pun tak mati, pasal allah janji pelihara. siapa yg tak mati dibunuh? saidinia abu bakarlah (amirul mukminin) ketua mukmin yg ada didunia sampai akhirat.

jadi kenapa nak kene suci diri, jawabnya pasal roh insan(nafsu mutmainnah) ini memerlukan tapak(hati) yg bersih, yg sentiasa berzikrullah.

kalau roh syaitan(amarah) atau roh haiwan (lawamah dan mulhemah) ni dia tak perlu zikir pun dia datang..dia mmg suka hati yg kotor. jadi kene bersihkan hati, baru kita jadi manusia(Mutmainnah)..

Apa itu zikir,
zikir itu sebut nama ALLAH(alif lam lam ha) tempat sebutnya hati.. bila? sentiasa, ada batasan? tiada, walau didalam tandas sekali pun. walau dah capai peringkat maarifat sekali pun, zikir tetap allah..allah..(ikut rasullullah) ada org ajar, bila dah marifat tak payah zikir allah.ini keje iblis alquran tak da tulis macam tu..kita ikut je al-quran.

adakah sebut subhanallah, arahman, arahim itu zikir?
itu nama dia tasbih memuji allah.

apa beza zikir dan tasbih?
tasbih itu memuji allah dan allah takkan memuji kita balik(pasal kita lemah)

zikir sebut ALLAH(allif lam lam ha) artinya kita memuliakan ALLAH, dan kita DIMULIAKAN allah (2 hala, seperti jantung yg mengepam ada 2 hala) bila berzikir, kita mendegar sebutan allah..allah..allah dihati.. bila kita dimuliakan, kita nampak dengan mata hati, jantung kita sudah berkalimah bercahaya..itu tanda dimuliakan..("allah menjadikan iman itu kecintaanmu dan diperhiaskan dalam hati kamu" - al hujerat:7) maksudnya kalau dapat kemuliaan allah, hati tu bercahaya jadi cantik. terang menderang.. ini lah yg kita cari dalam menyucikan diri kita.. kalau dah nampak cahaya tu, dunia pun dah tak nak pandang..kita tgk cahaya tu kenyang, sedap je.. sebab tu rasullullah tak mau turun2 dari gua tu sampai 2 minggu.

adakah ar-rahman, arahim, almalik itu nama allah?
bukan, itu nama sifat allah.. didalam alquran setiap sifat akan dimulakan dengan perkataan "allahu.. " atau allah(katanama) arrahim(pengasih- kata kerja)..

99 nama itu ialah nama kata kerja, nama untuk kita puji kerja-kerja allah, tapi bukan nama untuk allah muliakan pada kita. allah suruh sebut ALIF LAM LAM HA...bukan nama kata kerja..

nak dapat kemuliaan, sebutlah nama kemuliaan iaiatu ALIF LAM LAM HA..

alif itu zat, lam itu sifat jalal, lam itu sifat jamal, ha itu rasullullah.. ini adalah jambatan hubungan rasul dengan allah. sebut allah, artinya kita ingat allah dan rasullullah.. yang nak hubung kan dengan jalan tersebut ialah, hati manusia yg berzikir, lalu dekat dengan rohani(insan), rohani inilah yg berhubung dengan Nur (muhamamd) dan terus kepada jambatan tadi..(ALLAH) "jangan kamu putuskan tali allah" - ini lah dianya.


ada banyak bab kalau nak saya ceritakan..tapi saya rasa cukuplah. yg penting awak tau apa itu zikir, dimana nak zikir, bila nak zikir...


eloknya nak zikir ni kena baiah (rasullullah pun terima baiah dari jibrail)..yg nak bagi baiah, pula org yg mendapat baiah dari rasullullah juga..jadi tak putus, dari jibrail, sampai kita sendiri..

akhir sekali, ada satu najis yg dinamakan najis Maknawi.. najis ini tak boleh dicuci dengan air mutlak, atau dicuci dengan sabun, atau disamak dengan tanah. kerana najis ni najid yg pekat, itulah najis hati yg lalai berzikrullah. Dah nama pun najis, kalau masuk masjid masjid pun jadi kotor, maka hukum masuk masjid dengan hati yg lalai berzikrullah itu haram. Apa itu masjid? Al-quran kata : masjid adalah tempat menyebut nama allah banyak-banyak..