Sunday, December 22, 2013

Puisi untuk kambing...

Puisi untuk kambing...

sebelum tu biar aku terangkan beza manusia dan haiwan bukan akalnya..kajian manusia yg tak sempurna akal sahaja yg mengatakan begitu. bezanya insan dan haiwan itu nafsunya...kedua2 makhluk punyai akal..bertasbih kepada allah. haiwan juga ada hati naluri untuk merasai..sebagaimana manusia.. yg membezakan itu adalah amanah perjanjian yg allah tanyakan kepada semua makhluk yg dilangit dan diatas bumi juga diantara keduanya, siapakah yg sanggup, maka yg benrnama insan bagun aku sanggup. lalu allah memasukkan AMANAHnya kedalam tubuh jasad insan. amanah itulah ROH berNAFSU MUTMAINNAH...tanda insan (hamba allah) dalam perjanjian amal syahadat yg tidak diambil oleh haiwan...

Puisi kambing..
ohhh kambing..kau bertasbih, aku bertasbih, kamu makan daun...aku makan daun (sayur)...kau tak makan batu besi, aluminium, kuprum, platinum, zink...sebab kau pun tau makan zat-zatnya... aku pun begitu makan zat besi, zat aluminium, zat magnesium zat platinum, nak kata kau blajar kimia, aku yg belajar...makna kata, kau memang ada otak dan ada akal macam aku juga..kalau tak dah tentu atap zik kau baham..tong besi..peluru platinum habis dalam perut kau...

ohh kambing....
aku bagi makan kat anak2, kau pun bagi makan kat anak2 kau...aku carik perlindungan untuk anak2 aku, kau pun bagi perlindungan untuk anak2 kau..aku nak kawin, kau pun nak kawin...apa ni kambing? ngapa kau dan aku sama sahaja? apa yg beza wahai kambing? boleh kah aku katakan kau takda akal dan ilmu aku aja yg ada? tak masuk akal kau dan akal aku...

ohh kambing...
aku dalam dilema..sebab aku kene tipu dek haiwan seperti kau yg bertubuh jasad manusia..
akhirnya aku tau....kau hanya tauhidkan allah dengan lailahaillalllah....
dan aku mengabdikan diriku sebagai insan dengan kalimah syahadat..lailahaillalllah muhammadar rasullullah..
andai aku juga tauhid..aku samalah mcam kau...takda beza...
kini huru hara lah kau kambing... jadi sup..jadi satay...


sapa yg mengesahkan amalan??

sapa yg mengesahkan hakikat amal? mak ayah? adik beradik? kaum keluarga? saudara mara? cikgu cikgi? ostad? prop? perdana menteri? raja2? agung?

rasullullah naik ke gua hiraq, apa kata sedara mara? "muhammad udoh gile" apa kat orang kampung muhammad? apa kata prop prop zaman tu? muhammad "cari tuhan lain dah...tuhan kita udah tak betui"..

adakah muhammad turun dan berkata "AKU DAH BETUL" kamu semua ikut aku? aku dah jumpa "TUHAN" yg sebenar...??

ada tak kisah macam tu? atau muhammad sekadar pulang kerumah isterinya khadijah..disuruh selimut..dan kemudian mendapat perintah2 seterusnya tanpa mengajak sorang pun mengikut jalannya... Khadijah mula bertanya..apa yg berlaku? lalu muhammad menceritakan..aku didatangi MALAIKAT..bukan jin atau iblis...tiada kata-kata dari khadijah "entah2 yg kau jumpa tu iblis kut"....mereka membenarkan kerana muhammad itu al amin...dan mereka kaum yg SEDAR akan ketidak warasan orang disekeliling mereka ketika itu....

muhammad tak pernah mengajak...tetapi sahabat2 yg waras menerima apa yg disampaikan rasulullah.disebabkan kejahilah orang dikeliling yg ujud pada masa itu... begitulah seterusnya islam berkembang tanpa ajakan...sekadar meyebarkan informasi...bagi yg benar2 mahukan jalan yg BENAR.... bukan jalan yg BAIK. bukan juga jalan paksaan.

"Sebaliknya orang yang mahu menerima petunjuk (JALAN BENAR) allah berikan hidayah kepada mereka dan memberi jalan kepada mereka untuk bertaqwa (kekal menjadi hamba allah)" surah Muhammad : 17

Syaratnya MAU JALAN BENAR bukan JALAN BAIK.

Azan bahasa sendiri..

Azan bahasa sendiri..
 ada tak orang azan ikut bangsa, hindustan lain bahasa, kurdistan lain bahasa, rusia lain bahasa.armenia, portugal, poland, belanda china, india, amerika..ada tak yg menukar2 bahasa azan? takde..sebab apa? sebab itu suara bisikan kepada roh..mengingatkan balik amalan alam roh (amalan syahadat)...sebab lahir2 dulu dah ingat sekali..(azan).. pastu nak kene diingatkan berkali2..suruh amal syahadat....degil juga tak mau diamalkan jugak... kalau la azan tu semata2 nak ajak solat, konpirm dan di ubah kedalam 1000 bahasa. oii jom kita sembahyang, jom kita sembahyang... (lagi senang paham)

Perbezaan Jalan tauhid..jalan syahadat.

Perbezaan Jalan tauhid..jalan syahadat.

1. Jalan Tauhid

Kalimah tauhid : LAILAHAILLALLLAH
Bukan rukun islam..sekadar menyatakan tiada tuhan (tapi mengaku allah tuhan) dan allah tu allah (pencipta)....

Jalan tauhid akan menekankan bab aqidah iaitu mengenal allah taala dgn segala ilmu dan amal yg ada. kemudian berpecah lagi dua golongan..kenal allah sifat salbi, makninya, maknawiyah..dan  kenal allah sifat nafsinya...tak kisah kemana pecahannya jalan tauhid itu bukan jalan martbat insan...jalan makhluk allah taala sahaja. jalan tauhid manusia binasa(mati). allah taala kekal esa.

martabat tertinggi kununnya dapat mengenal allah taala. atau berjumpa dengan allah yg sifatnya laisa kamislihi syaik...

pengesahannya fanafillah (fana yg semua hilang yg ada allah..dirinya pun ujud allah)

ikutan ilmu : iblis yg tauhidkan allah, tidak mahu tunduk kepada wasilah kemuliaan allah.

2. Jalan syahadat - rukun islam pertama
Kalimah syahadat : LAILAHAILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH

rukun yg disertakan lafaz dan amalan.
iaitu menafikan tuhan (TUHAN itu makhluk yg binasa) dan yg esa itu ALLAH.
Jalan mengenal perjanjian amanah menjadikan diri insan. Bermula dengan amalan hati sehingga akrab dengan roh dan malaikat. jalan syahadat manusia hamba (terpelihara)..allah taala esa. (memelihara)

martabat tertinggi : mengenal atau berjumpa makhluk kemuliaan allah roh malaikat dan nur menjadi hamba allah.

Pengesahan (fana baqa billah) : fana semua hilang yg ada diri berkawan dengan roh, malaikat dan nur.

Ikutan ilmu : rasullullah s.a.w. kerana pengesahahan rasulullah itu dengan roh,malaikat dan nur.

Mencari kurnia allah..bukan mencari rezki allah.

Sangat penting dan FAHAMKAN : Mencari kurnia allah..bukan mencari rezki allah.

Mencari Kurnia allah artinya mencari(murakabah) pemberian allah yg tidak ada kiraan/dugaan...terima seadanya pemberian allah.

Usaha: bekerja, beramal tanpa meminta. Tanpa meletakkan syarat jumlah upah atau keuntungannya kerana pemberian allah itu jauh lebih banyak dari apa yg diletakkan.

Cth pada diri rasullullah : Kerja menyampaikan, memperingatkan ummah tanpa meminta gaji.. tiada pula rasul sebut "aku ada anak bini"... yg ada ayat quran "sebelum kamu bertemu rasullullah, keluarkan sedekah kepada fakir miskin..itu lebih baik bagi kamu". tidak ada juga ayat "berikan sumbangan kepada rasullulah"....tabung pun takde...

Cth pada makhluk : Anjing yg bekerja taat pada tuannya tanpa meletakkan berapa upah yg patut dibayar. Menerima sahaja pemberiannya..balasan yg paling diharapkan : bukan upah, tapi kasih sayang dari tuannya. 





Contoh kisah orang yg sah amalnya...Kisah harun arrasyid nak berikan baitul mal kepada BAHLUL AL MAJNUN .(nama sebenarnya Wahab bin Amr.)

Maka Harun al-Rasyid pun berkata: "Wahai Bahlul, kami akan sediakan peruntukan bulanan (daripada Baitul Mal) untuk keluargamu dan dirimu".
Kemudian Bahlul mengangkat kepalanya ke langit lalu berkata: "Wahai Amirul Mukminin, saya dan kamu adalah daripada hamba Allah s.w.t., maka mustahil Allah akan mengingatimu dan melupaiku."

Maksudnya : kalau nak diberikan TETAP BULANAN pasti ditolak...kerana sudah jatuh perancangan... tetapi kalau pemberian hadiah... boleh lah diambil.

Orang yg dikata bodoh dan gila itu jauh lebih waras pikirannya...

 
HUKUM mencari kurnia : Wajib

-------------------------------------------------
Mencari rezki allah artinya : mendakwa diri boleh dapatkan hasil sekian2 daripada akal dan kemampuan jasmani.. contoh : kerja aku ni layaklah dibayar RM100 sehari. kerana aku nak bayar duit kreta, bayar duit rumah, makan minum isteri.. ini dipanggil mendakwa allah taala membayar upah kerja yg aku lakukan.

Usaha: bekerja, beramal tanda meminta.
Cth pada rasullulah : takpernah dibuat oleh rasullullah meminta upah walau satu sen.

Hukum mencari rezki dgn kerja2: HARUS. iaitu bila cari kurnia tak jumpa2..kerana kurang ilmu pengesahan amal..
*Maksud harus : buatlah, kalau tak buat lagi buruk padahnya.

Hukum mencari rezki dengan menjual agama : HARAM.
Cth : "bayar RM500 aku dtg tempat kamu mengajar.. sebab aku ada anak isteri, nak bagi makan, minyak kreta..".. hukumnya haram. nak cari rezki untuk anak, gi lah jual goreng pisang ka, kacang putih ka...

firman allah Innal insan nalafi husrin..illlalazi naamanyu waamilus soleh..watawa saubil hak watawa saubis sabr. maksudnya

Sesungguhnya manusia itu rugi sesaja melainkan orang yg beriman..serta layak dipanggil AMAL SALEH. menyampaikan apa yg HAQ (yg sah benar) dan dengan SABAR (takde nak cepat2)
Bila menyampaikan dengan HAQ maksudnya..amal sendiri dah sah..allah bagi rezki...takde nak bagi tau orang kampung.."kalau kamu tak bayar aku..anak bini aku nak makan hapaa?"

kesimpulannya..KERJA..USAHA...AMALAN itu wajib...tapi jangan cari hasil...buat ikhlas sahaja...anjing(haiwan ciptaan allah) tu martabat TASAWUF...manusia sepatutnya jauh lebih lagi dari itu...