Wednesday, December 17, 2008

7. Amalan Syahadah

Syaitan memang tugasnya untuk menyesatkan manusia pada setiap masa terutama ketika kita hendak mengerjakan amal ibadah. Apabila kita hendak mengerjakan solat, akal akan memberitahu bahawa telah masuk waktu dan menghantar isyarat untuk kita berwuduk dan mendirikan solat. Ketika hendak mendirikan solat, bila takbir sahaja mulalah hati kita terasa was-was, teringat itu ini, melayang kesana kemari kenapa? Sebab diganggu iblis. Iblis ini duduknya didalam hati orang yang tidak mengingati Allah. Hati ini lah yang selalu menjadi mangsa yang mudah untuk bisikan iblis. Jadi untuk menghalang bisikan iblis kita perlu ingat pada Allah atau zikrullah seperti firman Allah :

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

Zikir itulah yang menjadi pelindung dari syaitan. Zikir yang layak bagi hati(roh) ialah zikir kalimah Allah. Dan zikir Allah inilah yang membawa kita kembali pada Syahadah yang awal tadi kerana zikir inilah yang dinamakan amalan syahadah. Atau roh yang bersyahadah yang selama ini tidak diajarkan kepada kita. Zikrullah ini mestilah dilakukan tidak kira masa. Selagi kita sedar maka hendaklah sentiasa berzikir didalam hati. Zikir ini tiada sesiapapun yang mengetahui melainkan Allah.

“Orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan zikrullah itu hati manusia menjadi tenang” (Ar-Rad:28)

Dengan adanya amalan syahadah maka tertutuplah segala macam bisikan syaitan. Tertutuplah kita dari gangguan-gangguan yang selalu berkata-kata didalam hati ini. Dan apa bila tertutup gangguan iblis insyaallah apa yang kita lakukan akan terus kerana Allah bukan lagi kerana selainnya.

Amala syahadah juga tidak boleh berhenti pada setiap detik, setiap saat. Kerana berhenti sedetik akan membuatkan iblis kembali menduduki istana didalam hati kita seperti yang dinyatakan didalam ayat diatas. . Itulah yang diberitahu kepada kita didalam Al-Quran.

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

Selalulah kita menyebut nama Allah pada setiap masa supaya kita sentiasa ingat padanya. Pada setiap kali kita dirikan solat, itulah kemuncaknya mengingati Allah. Solat itu ialah penyerahan kepada Allah apa yang dah kita buat setiap waktu. Bermakna sekiranya kurang kita mengingati Allah, malulah kita sewaktu kita membentangkan kerja-kerja kita.

Samalah dengan kerja seharian apabila diminta untuk membentangkan kerja atau proposal bagaimana perasaan bila tak dapat siapkan kerja tadi? Pastinya gelisah, malu dan takut untuk mengadapnya. Itu lah yang patut di rasa kerana sesungguhnya dialah tempat kita mengadu dan meminta. Dari hari kehari dia tidak lupa kepada kita. Setiap pagi kita bangun dari tidur kita terus hidup. Bagaimana kalau Allah sengaja lupakan kita sesaat? Pastinya terhenti degupan jantung dan kakulah seluruh tubuh.

Jadi selepas ini sekiranya kita solat terasa tidak kusyuk, terasa kosong, maka sebabnya ialah kerana tidak ada zikrullah pada hati diketika sebelum masuknya waktu. Dengan zikrullah itu ibadah yang lainnya akan terpelihara oleh bisikan syaitan insyaalah.

Maka sebab itulah dua kalimah syahadah itu diletakkan oleh Rasullullah sebagai rukun islam yang pertama. Kerana Amalan syahadah itu yang terawal dan tidak henti selama kita mengaku kita beriman kepada Allah. Bagi orang yang berakal mendalami ilmu syahadah ini akan membuka satu lembaran, atau satu jalan untuk mencintai Allah dan Rasullullah seperti yang kita doakan setiap hari didalam Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment