Friday, January 1, 2010

Isu penggunaan kalimah ALLAH di gereja.

Isu penggunaan kalimah ALLAH di gereja.

Umat islam diMalaysia ramai yg cetek akal, bodoh, mengaji Al-Quran sebagai pertandingan nyanyian..inilah akibatnya. Kebodohan ini bukan sahaja buat umat islam umumnya, tetapi yang lebih terutama bodohnya itu ialah Alim Ulama dan Mufti yang lalai dengan gaji besar mengejar harta kekayaan duniawi semata-mata.

Kenapa Gereja tidak boleh menggunakan perkataan ALLAH? Kenapa umat islam boleh? Bukankah sama sahaja umat islam dan penganut gereja itu? Kerdua-duanya Allah janjikan neraka.

Baca semula alquran.. siapa yg dicampak kan keneraka? Bukankah orang yang mengaku allah itu tuhan? Bacalah wahai tok imam, tok bilal, para mufti dan pembesar2 dimalaysia yg bodoh dan diperbodohkan oleh yahudi, syaitan dan iblis.


syaitan sendiri pun percaya pada allah.

allah pun tak suruh tentang org yg menggunakan kalimah allah..kenapa nak buat hukum baru?...

Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman! Jika demikia...n berpalinglah kamu(muhammad... See More) dan ucapkan salam(selamat tinggal)" (al-Zukhruf : 87-89).

Allah kata ucap salam selamat tinggal je..ugamamu untuk mu..ugama ku untuk ku.. biarlah kristian dengan kepercayaan mereka...yang patut ditentang kalau orang islam yg tak mau beriman mempermainkan nama Allah.

Semua makhluk yang mengaku allah itu tuhan, adalah islam. Pokok kayu pun islam, batu pun islam kerena mereka tahu tuhan mereka Allah. Pokok kayu tidak pernah bergerak mencari rezki kerana mereka yakin diberikan rezki oleh Allah. Begitu juga haiwan termasuk khinzir, anjing, membuat apa sahaja diatas muka bumi ini kerana yakin bumi ini hak Allah dan mereka tidak pernah ada perjanjian. Tetapi makhluk yang satu ni, mengaku tuhan itu Allah, tetapi menyekutukannya mereka ini yang Allah kata paling banyak didalam neraka.

Kalau dah benda2 hina ini percaya pada allah kenapa manusia yg berakal tidak boleh percaya pada allah?

Kristian mengaku tuhan mereka Allah.. dan sememangnya tuhan mereka bernama Allah. Kalau nak suruh ubah nama tuhan mereka,kene la ubah satu dunia. Mereka ini mengaku tuhan mereka allah tetapi mengangkat makhluk setaraf dengan allah iaitu Jesus. (anak Allah) ini kebodohan kristian dan kaumnya tak boleh dipertikaikan lagi.

Kaum munafik dan kaum fasiq yg di Malaysia pula yang mengaku diri mereka islam juga menyekutukan Allah tetapi mereka tidak sedar. H1n1 pakai mask boleh selamat hari-hari iklan kat TV, betul ke mask itu penyelamat dari penyakit? Tanah runtuh, gempa kerana bencana alam? Tsunami bencana alam? Sungguh hebat alam itu umpama ada kuasa seperti Allah. Dimana dibuangkan kemurkaan Allah?Anda punyai masalah kewangan, hubungi kami boleh membantu, ramai la yang beratur nak minta bantuan pinjaman bank, minta bantuan kerajaan dan sebagainya, dimana kamu mencampakkan “iyya kanaq budu wa iyya kanastaim”? Engkau sajalah yg kami sembah kepada engkau sahaja kami minta pertolongan. Tetapi sembah raja, minta pula bantuan kerajaan? Terang-terang munafik tetapi mengaku islam.

Dialog dengan Ahli neraka :

“ dan (ingatkanlah) hari Tuhan menghimpunkan mereka dan makhluk-makhluk Yang mereka sembah(minta) Yang lain dari Allah, lalu ia bertanya (kepada makhluk-makhluk Yang telah dipuja dan disembah itu(bank, kerajaan, boss, pegawai atasan, insurance company)): "Kamukah Yang menyesatkan hamba-hambaKu itu atau mereka Yang sesat jalan?"

“ mereka menjawab: "Maha suci Engkau (Wahai Tuhan kami)! sudah tentu tidak patut bagi Kami mengambil sesiapa pun Yang lain daripadamu sebagai Pelindung (penyelamat, pemberi rezki, pemberi bantuan) tetapi Engkau (Wahai Tuhan kami) tetapi Engkau (Wahai Tuhan kami) telah melimpahkan kemewahan kepada mereka dan kepada datuk neneknya sehingga mereka lalai dan cuaikan ajaran ugamaMu, dan menjadilah mereka kaum Yang binasa ". Al-Furqan 17-18

Ahli neraka ni orang2 yg mengaku Allah itu tuhan, tetapi menyekutukan dengan perlbagai cara sama ada yg terang atau yang samar-samar.

Kalimah allah itu patutnya bercahaya didalam dada (hati) org2 beriman. (bercahaya bermaksud memantulkan cahaya, terang mcm bulan) Tetapi orang islam yg tak mau beriman dan tidak pernah ambil tau apa itu iman tak mau lihat iman didalam hati, bila orang kristian letak dalam gereja marah. Org kristian itu juga Allah yg cipta, syaitan iblis dan penduduk neraka juga allah yg cipta, kalimah allah itu sendiri allah yg cipta kamu bukan Allah untuk mempertikaikan hak penggunaan namanya.

Mengaku sahaja islam, solat pulak tu, tetapi rukun islam pertama pun tak mau jalankan. Hari-hari lafaz 5 kali sehari, tetapi tak buat hanya tinggal lafaz.

“Aku naik saksi tiada tuhan selain allah. Dan Muhammad itu persuruh allah”. – Mana penyaksiannya? Sapa yang saksikan? Mana bukti penyaksian? Tianggal ajelah lafaz syahadah tiada penyaksian dan tak tau siapa saksi. Masuk waktu, buat solat baca lagi penyaksian. Tetapi mana saksi dan penyaksinya? Bohong lagi.. itu lah orang2 munafik..sentiasa berdusta kata Allah.

“apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.” Munafiqun:1

“Binasalah orang yg sentiasa berdusta, iaitu org yg tenggelam didalam kejahilan(tak mau ambil tahu) dan lalai(ingat Allah sehari 5X shaja)” al-dzariat :10

1 comment:

  1. Penulisan yang bagus...saya pun anggap begitu....cuma Orang Yang MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH tetapi bukan Islam tu,BUKAN ISLAM...itulah masalahnya....

    ReplyDelete