Friday, January 16, 2009

Umat islam hari ramai terdiri dari Golongan yang lalai



AZAB ALLAH TERHADAP

UMAT ISLAM
YANG LALAI


20 muharram 1430

Kekejaman Israel di Palestin sebagai tanda peringatan ALLAH kepada hambanya kerana umat islam hari ini lalai kepada Allah. Kejadian tersebut bukanlah untuk kita menghentam Israel dan Amerika semata-mata tetapi didahulukan dengan mencari kesilapan diri kita dahulu kerana itu adalah peringatan Allah kepada Umat Islam diseluruh dunia.

Ramai yang tidak faham islam dan merasakan islam itu cuma ritual(Ibadah jasmani) dan ada yang percaya islam itu disertakan dengan spiritual(Rohani) tetapi tidak tahu melaksanakannya. Ada yang berpendapat islam cuma dimasjid tidak boleh diguna pakai didalam pekerjaan seharian, politik dan sebagainya. Ingatlah selagi kamu duduk dibumi Allah, islamlah agamanya. Kalau tak berminat, atau mengatakan tidak sesuai, bertaubatlah, jangan sehingga Allah menurunkan keputusannya. Kerana agama islam bukan sahaja untuk diguna pakai di bumi Allah sahaja tetapi untuk seluruh alam.

Sebelum itu ingin saya nyatakan disini, Apa yang tertulis ini telah disampaikan kepada saya oleh orang yang diberi hidayah dan juga dari ayat-ayat suci Al-Quran untuk disampaikan. (bukan saya sengaja mengadakan atau cari di internet, baca dibuku dan bukan juga reakaan semata-mata). Tujuannya untuk diamalkan bukan sebagai ilmu pengatahuan sahaja.

Kita tidak punyai ilmu untuk mengajar, tetapi kita boleh sampai menyampai ilmu Allah. Kerana yang berhak mengajar itu hanyalah Allah. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui dan dialah guru sekalian makhluk dialam ini.

Marilah kita menjadi orang islam yang beriman mulai hari ini. JANGAN JADI ISLAM SAHAJA TANPA BERIMAN. KERANA MUNAFIK, FASIQ DAN MUSYRIK ITU JUGA ISLAM. GOLONGAN INI DIJANJIKAN ALLAH KEBINASAAN DAN DIAKHIRAT PULA TEMPAT KEMBALINYA ADALAH NERAKA.

Islam jangan diukur dari kesenangan, kemenangan, kemajuan, harta benda, masjid, ramainya pengganut, kuatnya ibadah, atau apa sahaja yang nampak dimata. Tetapi islam itu diukur dari imannya di hati.

Tak semestinya yang berpakaian copak-capek itu tidak islam, atau yang kuat beribadah dimasjid lebih islam dari anak muda yang duduk melepak ditepi jalan, apa yang dipandang dengan mata bukanlah ukuran.

Kalau pun Palestin itu hancur lumat, belum tentu mereka kalah disisi Allah. Adakalanya Allah memberikan kemenangan iaitu dihati hambanya dengan beriman kepadanya walaupun keadaan mereka tatkala menerima azab Allah yang amat perit.

Tetapi kita yang melihat, wajib mengambil sebagai iktibar. Itulah janji Allah, Dialah mengajar manusia dengan satu kisah atau kejadian dan Dia lah yang maha berkuasa, tidak ada yang setanding dengannya.

KESILAPAN UTAMA UMAT ISLAM HARI INI

Kesilapan terbesar kita Umat islam hari ini ialah Islam pada IC, Islam pada nama, Islam pada perbuatan, Islam pada syiar tetapi tidak islam dihati dan inilah yang mengundang kemurkaan ALLAH S.W.T . Rasullullah juga disuruh tinggalkan kaum ini.

“Mereka itu adalah kaum yang tidak beriman.’ Maka berpalinglah (hai Muhammad) (Al-Zukhruf 87-89)

Kalau ditanya bab Rukun islam pertama sahaja umat islam sudah gagal.
Saudara-saudari ku yang ku kasihi sekalian 2 kalimah Syahadah itu lafaz.(kristian, yahudi, budha, hindu pun boleh lafaz kalau disuruh) Tetapi amalannya yang menjadi ibadah wajib(bukan sunat) telah ditinggalkan oleh umat islam hari ini.

Tanpa amalan, jadilah seperti solat dengan niat tanpa melakukan rukun-rukun solat maka terbatallah solat itu. Begitu jugalah dengan ucapan dua kalimah syahadah wajib disertakan dengan amalannya. Tanpa amalan syahadah semua ibadah adalah batal. Maka sebab itulah umat islam pada hari ini hanya islam itu dimata tapi tidak terpancarnya keimanannya. Sebab itulah umat islam ditindas, lemah, melakukan maksiat berterusan, lalai, cintakan hiburan, berpecah belah, riak, bangga dengan kedudukan dan sebagainya.

Kegagalan dalam melakukan amalan kalimah syahadah hari bukan sahaja kepada umat islam umum sahaja malah ibu bapa, guru agama, ustaz dan ustazah, pensyarah, imam termasuk mufti juga gagal mengingatkan diri mereka dan orang yang menjadi pimpinan mereka supaya kembali mengingati Allah dengan banyaknya setiap masa dimana sahaja.

Ada diantara mereka hanya menghukum sunat mengingati Allah setiap masa padahal itu wajib. (kalau sunat bermaksud, sunat izinkan iblis bisik dihati sesaat)

Maka tidak harian lah sekarang ini beribu umat islam meninggal kan islam. Masuk agama lain seumpama menukar kelab atau persatuan kerana yang patut menyampaikan agama juga telah lalai dari mengingati Allah setiap saat apatah lagi menyampaikan.

AMALAN SYAHADAH

Tidak sah syahadah jika tidak melakukan amalan- amalan syahadah. Syahadah juga ada rukun-rukun dan syarat sah batalnya.

Firman Allah ;

“ Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang.”(al-Ahzab:41-42)

Didalam Al-Quran diulangi ayat menyuruh kita berzikrullah SEBANYAK-BANYAKNYA dan SETIAP MASA (pagi-petang-pagi) berulang-ulang supaya kita sentiasa ingat Allah dan bertasbih kepadanya pagi petang siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. Sebanyak-banyaknya juga beerti tiada satu nilai tetap seperti 5000, 10,000, 100,000 tetapi tanpa henti setiap masa. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai dari beribadah kepada Allah kerana itulah sebab utama kita dijadikan Allah dibumi ini.

“dan aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.” (Al-Zariyat:56)

CARA MENGAMALKANNYA


Bagaimana cara nak beribadah dan menyebut nama Allah sentiasa?
Firman Allah ;

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)

Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut supaya kita tidak digolong didalam orang-orang yang lalai.

Menyebut nama Allah bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih dengan nama asma Allah, puji-pujian dan selawat. Tasbih tidak boleh dilakukan ketika didalam tandas, ketika tidur, ketika mesyuarat. Tetapi menyebut nama Allah didalam hati tidak ada siapa yang tahu boleh dilakukan dimana sahaja.

Iaitu dengan menyebut A L L A H. Bukan lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman dll. Kalimah Allah adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma , afal, selawat, hidayah dan pertaliannya menuju zat Allah telah terkandung didalam satu kalimah dan itu yang disebut didalam Alquran. (kerana tidak ada ayat menyuruh menyebut subhanallah, Alhamdulillah didalam hati Jangan tersalah pula)

Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat didalam hati adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan syaitan, mereka ingat pada Allah, maka dengan itu mereka Nampak jalan yang benar”(Al-A`raaf:201)

Rasullullah bersabda: " Mata ku tidur tetapi hati ku berjaga" iaitu Rasullullah sendiri mengingati Allah setiap saat walaupun ketika baginda tidur. Cuba kita fikirkan, wajarkah Rasullullah sebaik-baik makhluk melupa Allah walau satu saat? Kerana itu ikutlah Rasullullah.

AL-QURAN MEWAJIBKAN KITA MENGINGATI ALLAH SETIAP MASA

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah. Mereka itu dalam keadaan sesat yang nyata"(Al-Zumar:22)
- Sila baca didalam bahasa arab dan fahamkan maksudnya.(Dimaksudkan disini ialah hatinya)

Bolehkah sekejap kita zikir..sekejap lagi kita dicelakai oleh Allah, kemudian berzikir lagi. Kemudian dicelaka lagi? Itu tanda wajib ingat Allah setiap masa. Kalau lupa kita istighfar. Kerana bukan disengajakan. Tetapi kalau menghukum sunat, atau sengaja tidak mahu buat itu yang bahaya.

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadanya Dengan sebulat-bulat tumpuan” ( Muzammil : 8)

“dan sebutlah akan nama Tuhanmu (di Dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang”(Al-Insan:25)

“Wahai orang yang beriman, ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadanya waktu pagi dan petang (Al-Ahzab:41-42)

“Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan zikrullah (mengingati Allah), ketahuilah dengan zikrullah itu hati menjadi tenang.” (Al-rad :28)

“Wahai Orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka teguhlah hati mu dan zikrullah (sebutlah dan ingatlah) Allah sebanyak-banyaknya, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Al-Anfaal : 45)

“Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri, duduk dan semasa mereka berbaring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata : “Wahai tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” (Al-Imran:191)

“kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat)”.(al-Jumaah:10)

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu berzikrullah (menyebut dan mengingati) Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (An-Nisa:103)

Bermakna ingat pada Allah sentiasa. Berdiri, duduk dan berbaring.
Berdiri – jual beli, solat, berjalan, bekerja, bersalaman, sedekah, dan berbagai lagi.
Duduk – Solat, bekerja, membaca, menaiki kenderaan, menggunakan computer, mesyuarat, didalam tandas, menunggu dan sebagainya.
Baring – Ketika hendak tidur, tidur, rehat, sakit dan sebagainya.

Ayat –ayat diatas sudah cukup untuk memberitahu betapa pentingnya mengingati Allah pada setiap masa dihati, dan ditambah dengan bertasbih pula dengan namanya diwaktu pagi dan petang. MengingatiNya, Allah janji akan dilindungai dari bisikan syaitan, akan pelihara dari musuh, kita akan ikhlas kan hati ibadah semata-mata kerana Allah. Dan dengan mengingati Allah, kalbu akan memerintah seluruh anggota supaya tunduk dengan syariat Allah kerana itulah perlu dilakukan setiap masa.

Ingatlah..arak itu haram kerana membuatkan si peminum itu lalai dari mengingati Allah. Bagaimana kita yang tidak mabuk tetapi lalai dari mengingati Allah? Bagaimana pula lalai ketika mengerjakan solat? Sama sahaja, hukumnya haram sebab itu ingat pada Allah setiap saat itu wajib bukan sunat.

"janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah "(Al-munafiqun :9)

SOLAT KAUM MUNAFIK

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”(An-Nisaa:142)

Kalau solat mengingati makna atau maksud ayat, munafiklah. Solat itu hati ingat Allah bukan makna. kerana makna ayat al-quran itu mcm-mcm ada cerita pasal firaun..ada cerita pasal kaum nabi luth..kalau ingat makna ingat firaun le..

Perbanyakkan menyebut nama Allah dihati ketika solat supaya tidak lalai. Ingatlah kusyuk itu bukan didalam solat sahaja..tetapi sebelum solat sudah kusyuk..

“Sesungguhnya berjayalah orang Yang berusaha membersihkan dirinya, dan menyebut-nyebut nama Tuhannya ketika solat (kusyuk).” (al_A’ala 14-15)

Jadi orang mukmin selamat. selamat dunia dan akhirat. Orang yang ingat pada Allah itu selamat dari syaitan.

“Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)

*Beriman dengan ikhlas –Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana iblislah yang membisikkan arahannya.

“Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar.”(Al-ahzab:35)

Tidak cukup sekadar seorang yang taat, benar, sabar, merendah diri, dan sebagainya tetapi wajiblah dia seorang yang tergolong dalam golongan orang-orang yang banyak menyebut nama Allah.

“Allah menjadikan iman itu kecintaan mu serta di perhiaskannya Dalam hati kamu”(Al-Hujarat:7)

Ketahuilah orang yang beriman itu ada tanda perhiasan yang cantik iaitu tanda kalimah didalam hatinya yang nampak dipandangan mata hati dan orang beriman itu sentiasa mendengar hatinya berzikrullah setiap saat tidak seperti orang kufur;

“(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.”(Al-Kahfi:101)

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku ingat padamu; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur.”(Al-Baqarah:152)

Maka kalau ingin tahu kedudukan kita disisi Allah, rasullullah pesan lihatlah dihati mu. Kalau hati itu banyak mengingati Allah, itu tanda Allah sayang pada kamu. Marilah kita banyak-banyak mengingati Allah agar kita terdiri dari orang yang beriman. Dapat hidup bahagia dunia akhirat. Seperti janji allah kepada orang beriman apabila tiba hari kiamat;

"muka (orang Yang beriman) pada hari itu berseri-seri,tertawa, lagi bersuka ria (Abasa : 38-39)

Beza antara orang beriman dan orang mukmin itu nafsunya. Agar kita mencapai nafsu mutmainnah iaitu yang sentiasa cintakan kebaikan setiap masa.

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (Mutmainnah). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) redha dan diredhai (Tuhan). Maka masuklah kamu dalam golongan hamba-hamba-Ku. Dan masuklah kamu ke dalam Syurga-Ku." (Al Fajr: 27-30)

JALAN MENUJU MUKMIN

Jalan menuju mukmin itu 4 perkara. Iaitu Al-Quran, zikrullah(ingat Allah setiap masa), Hidayah (Al-Furqan) dan kitab-kitab.
Jadi yang pertama perbanyakkan membaca Al-Quran(belajarlah kefahaman bukan hanya belajar tajwid dan lagu) Dalilnya :

“…Sungguh telah datang padamu dari Allah, nuur (cahaya) dan kitab yang jelas dan menjelaskan” – (Al-Maidah :15)

“Dia lah Yang memasukkan ketenangan ke Dalam hati orang-orang Yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin”(Al-Fath:4)

Yang kedua ialah Zikrullah. Iaitu mengingati Allah (setiap masa). Bila hati sentiasa berzikrullah, Barulah Allah berikan hidayah;

“dan sesiapa Yang beriman(sentiasa mengingati) kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (Memberi hidayah); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui. (At-Taghaabun:11)

Dan Yang ketiga sampailah hidayah Allah atau Al-Furqan dan Dialah yang mengajar manusia menerusi hambanya yang dilantik untuk menyampaikan (iaitu Rasullullah) Dalilnya :

“dan juga (telah mengutuskan Nabi Muhammad kepada) orang-orang Yang lain dari mereka, Yang masih belum (datang lagi dan tetap akan datang) menghubungi mereka; dan (ingatlah), Allah jualah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Jumaah:3)

“Dan tiada lah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (semua makhluk pada semua zaman)” (Surah Al-Anbiyaa : 107)

Dan yang keempat adalah kitab-kitab pengajian tulisan ulama-ulama dan lain-lainnya.

Sampai-sampaikan dan Luruskan kembali jalan kita selama ini..insyaallah. Perbetulkan kembali saudara-saudara islam kita supaya sama-sama menjadi orang beriman. Kerana sekiranya tiada iman tidak bergunalah solat, puasa, zakat, haji dan ibadah-ibadah yang lainnya. Ibadah-ibadah itu Allah wajibkan ketas orang-orang beriman, bukan orang islam kerana kalau ktia pandukan ayat Al-Quran suruhan beribadah kebanyakannya dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman” bukan “Wahai orang-orang islam”.

Sebab itulah Rasullullah mengajak sahabat-sahabat beriman dahulu selama 13 tahun, setelah itu barulah turun ayat-ayat menyuruh melakukan ibadah iaitu setelah sahabat-sahabat telah beriman. Tetapi kita hari ini tidak mahu melatih diri kita untuk beriman tetapi terus melakukan ibadah.

Sampaikan kepada rakan-rakan, Photocopy atau email dan sebarkan semoga bertambah ramai umat islam yang beriman dikalangan kita. Origanl copy boleh didapati di mukminblog.blogspot.com

Lagi mengenai Rukun dan amalan syahadah gambar-gambar kekejaman Israel di

2 comments: