Monday, January 12, 2009

Kekejaman Israel dan Iktibar dari Al-Quran

HTML clipboard

Iktibar dari Al-Quran mengenai
kekejaman haiwan yang bernama ISRAEL kepada penduduk palestin terhadap tanah air tercinta mereka.


Lebih banyak gambar dibawah..scroll ke bawah..


Dialah yang mengajar Manusia.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani.
Mahasuci Allah tiada tuhan selainnya..
Dialah yang Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu, raja sekalian Alam.
DaripadaNya terjadinya sesuatu yang baik dan dengan izinNya berlaku sesuatu yang buruk juga. Sesungguhnya Allah tidak pernah zalim pada hambanya, tetapi hambalah yang selalu menzalimi diri mereka sendiri.


Kita manusia tidak punyai ilmu apatah lagi ingin mengajar. Tetapi sebagai manusia kita dikurniakan akal fikiran yang membolehkan kita mampu berpesan, menyampai ilmu yang datang dari Allah S.W.T. sebagaimana firmannya;

"Dia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya." (Al-Alaq: 1-5)


Pada hari ini pada tahun baru 1430 Hijrah kita disambut dengan satu kejadian besar, iaitu kejadian luka lama yang tak pernah sembuh berdarah kembali. Kisah mengenai kezaliman Yahudi terhadap manusia umumnya sememangnya telah lama diketahui planet yang bernama bumi ini.


Apa yang berlaku pada hari ini adalah sama dengan kisah tsunami yang melanda Asia tidak lama dahulu yang mengorbankan ratusan ribu nyawa, kesinambungan pula dengan kejadian Amerika menakluk Iraq, Keganasan Amerika terhadap puak Taliban di Afganistan, kezaliman pemimpin di Thailand terhadap umat islam diselatan Thai, Filipina, gempa bumi di Iran, Indonesia dan bermacam-macam lagi kejadian malapetaka yang berlaku sejak kebelakangan ini.


Kita di Malaysia boleh dikatakan amat bertuah, kerana bumi Malaysia ini masih aman tenteram dari kejadian-kejadian malapetaka besar tadi.

Tetapi adakah keamanan ini bermaksud berkekalan? Adakah kita masih terlena dibuai mimpi indah sedangkan jiran kita telah dikejutkan Allah dengan kejutan yang amat memeranjatkan siapa sahaja yang melaluinya. Maka, kata orang tua-tua sediakan payung sebelum hujan. Celikkan mata, buka telinga adanya akal ini untuk berfikir tentang kejadian yang menimpa hari ini, bukan lagi masa untuk beragan-angan didalam mimpi-mimpi indah.


Kalau kita perhatikan semula kejadian malapetaka dibumi ini berlaku secara umum. Tetapi sedarkah kita dari kebanyakan malapetaka yang berlaku ini, Allah tujukan kepada Negara yang majoritinya adalah penduduk yang beragama Islam. Atau secara lebih tepat sekali, malapetaka tadi diturunkan buat umat Islam. Apakah maksud yang tersirat yang ingin disampaikan Allah kepada umat Islam seluruh dunia?

Jawapannya ialah kerana umat islam hari ini hanya islam pada nama. Islam pada syiarnya sahaja, islam pada ibadah perbuatannya, islam pada pakaiannya, islam pada kitab-kitab, pengajian, pelajaran, adab, tutur bahasa dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak islam dihati atau tidak beriman.
Apa yang dimaksudkan dengan "Tidak islam dihati itu?"


Maksudnya ialah sebagaimana firman Allah didalam Al-Quran :


"Katakanlah, 'Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takut kerugiannya, dan rumah tempat tinggal adalah lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya, dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.' Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." (QS. At-Taubah: 24)

Bermakna siap sedialah terhadap malapetaka Allah sekiranya kamu tidak mengutamakan cinta pada Allah dan Rasulullah tetapi mencintai anak bini, harta kekayaan, mencintai tanah air, mencintakan kedamaian, keindahan banggunan-banggunan, mencintakan pendapatan yang lumayan, kereta mewah, kehidupan mewah, hiburan, keseronokan, perniagaan dan pekerjaan melebihi cinta pada Allah dan Rasullullah serta tidak sanggup bekorban kepada jalan Allah.

Kita sebagai manusia, adalah fitrah dijadikan Allah mencintakan setiap perkara diatas. Tidak dinafikan didalam agama juga menyuruh kita agar mencintai perkara-perkara diatas. Rasullullah tidak mengajar umatnya melupakan dunia dan mengingat akhirat semata-mata. Tetapi cinta yang bagaimana? Iaitu dengan meletakkan cinta pada Allah dan Rasullulah itu yang utama. Kemudian diikuti dengan jihad kejalan Allah dan seterusnya barulah mencintai apa yang Allah jadikan dimuka bumi ini. Itupun tidak boleh terlepas mencintai sesuatu masih diatas dasar " Kerana Allah" semata-mata.

Itulah yang diajar oleh Al-quran, ditunjukkan pula oleh Rasullullah S.A.W dan para sahabat tetapi sampai kepada kita hari ini, cintanya telah terlari sedikit kiblatnya. Tujuan cinta itu sudah terpesong sedikit menyebabkan Allah turunkan malapetaka-malapetaka tersebut tidak lain tidak bukan semata-mata untuk memberi iktibar, memberi gambaran, mengajar manusia yang menggunakan akal fikiran untuk memikirkan kejadian-kejadian takdir Allah itu. Manusia yang mengambil iktibar itulah yang dinamakan manusia yang menerima hidayah Allah. Kerana Allah berfirman;


"Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui kalam" (Al-Alaq: 3-4).


kejadian-kejadian yang menimpa itulah kalam Allah kerana Allah itu pemurah. Kalam Allah adalah tulisan yang cuma difahami oleh segelintir manusia yang ada perasaan ingin menerima petunjuk Allah sebagaimana firmannya pula:


"Sebaliknya orang yang mahu menerima petunjuk (ke jalan yang benar) allah tambah hidayah kepada mereka dan memberi dorongan kepada mereka untuk bertaqwa" (Muhammad : 17)


Apakah iktibar, pengajaran atau hidayah yang cuba ditonjolkan oleh Allah terhadap keganasan Israel tersebut?


Haiwan yang bernama ISRAEL


Israel juga makhluk Allah. Israel menerima kekuatan juga dari Allah. Firman Allah ;

"Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat Yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk Yang bergerak; akan tetapi ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa Yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing Dengan adilnya), kerana Sesungguhnya Allah sentiasa melihat keadaan hamba-hambanya.(Al-Fatir:45)


Sekiranya kehendak Allah untuk menghancurkan Israel, dalam masa tidak sampai sesaat pun lenyaplah seluruh kaum tersebut. Tetapi disebabkan Allah itu sayang pada hambanya, perkara dan kejadian buruk itulah yang akan membuatkan orang-orang yang beriman, semakin teguh keyakinannya pada Allah. Dan supaya orang yang tidak beriman itu sedar lalu beriman kepada Allah.

"Bacalah Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan, Ia menciptakan manusia dari segumpal darah, (Al-Alaq: 1-2)


Apa yang dimaksudkan oleh Allah didalam ayat diatas, manusia itu tercipta dari segumpal darah. Iaitu yang diterangkan oleh Rasullullah itulah hati. Manusia yang sebenar-benar manusia terciptanya dari hati bukan dari air mani atau tanah. Iaitu apabila hati telah bersih jadilah manusia yang jasadnya tadi dari tanah dan air mani.
Sekiranya hati tidak bersih, maka pada Allah, itu bukan manusia. Itulah yang disebut syaitan bertopengkan manusia. Atau yang mudah disebut agar dapat kita melihat, iaitu haiwan yang bertopengkan manusia. Kerana nafsu yang mengawal hati yang kotor itu ialah nafsu haiwan iaitu nafsu amarah. Nafsu yang cintakan kerosakan, kemaksiatan kezaliman dan sebagainya.
Itulah yang dikenali sebagai Haiwan yang bernama ISRAEL.


National Geographic Versi Allah

Cuba kita perhatikan perbezakan perangai haiwan dengan haiwan yang bernama Israel nampak tak bezanya? Kedua-duanya meletakkan nafsu binatang sebagai pedoman. Membunuh anak-anak kecil tanpa perasaan belas kasihan, membunuh orang tua-tua yang lemah. Bukankah ini sama dengan yang kita lihat di National Geographic di tv? Singa yang ingin menyerang pasti akan mencari mangsa yang lemah sebagai mangsa. Yang kuat-kuat dibiarkan dahulu kerana haiwan jenis ini tidak ada perasaan belas dihatinya.

Haiwan itu tidak berakal, tetapi haiwan yang bernama Israel ini berakal. Jadilah dia sebagai haiwan yang bijak pandai dapat mencipta senjata untuk membunuh mangsa dengan lebih mudah. Itulah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh National Geographic versi Allah.


Maka kezalamin Israel yang disampaikan oleh Allah itu bolehlah diberi tajuk sebagai : "Manusia yang tidak menyucikan hati itu samalah dengan haiwan."


Siarannya dipancarkan keseluruh dunia agar semua manusia dapat melihat tayangan filem dokumentari yang ditulis Allah sendiri. Agar manusia kembali kepada Al-Quran supaya faham tentang kejadian manusia dan alam seperti ahli sejarah yang mencari buku-buku lama untuk mengkaji kembali kejadian-kejadian yang dapat disamakan dengan kejadian hari ini. Supaya manusia Nampak maksud yang tersirat dari pada cerita tadi kerana apa yang terjadi telah ditulis didalam Al-Quran.


Tetapi ramai manusia atau umat Islam khususnya masih tidak faham dengan penerangan yang yang sampaikan itu. Masih ada yang sekadar Nampak perbuatan buruk itu kejahatan Israel tetapi tidak nampak ianya adalah kuasa Allah agar manusia dapat memperbetulkan apa yang salah. Atau dengan kata lain, tidak beriman terhadap Qada dan Qadar Allah.

Maka terjadilah tunjuk perasaan disana-sini, boikot barangan itu ini, ada yang sampai bermati-matian semata mata nak menunjukkan perasaan kepada siapa? Kepada Amerika, Israel atau dunia? Untuk apa? Mengharapkan belas ihsan Amerika yang juga haiwan sejenis dengan Israel? Mengharapkan bantuan Negara Islam, yang suku-sakatnya juga tidak jauh beza jenis haiwannya.

Adakah kita berpendapat haiwan-haiwan yang digambarkan oleh Al-Quran ini boleh menolong memperbetulkan keadaan? Tidak lain dan tidak bukan setiap apa yang datang dari Allah, maka kembalinya juga kepada Allah. Itulah yang sebetulnya.


Datang dan kembalinya setiap sesuatu dari Allah
Maka kembalilah kita kepada Allah didalam apa jua keadaan yang berlaku. Perhatikan pada diri ini, dimana silapnya umat Islam hari ini sehingga begitu besar laknat Allah kepada umat Islam sehingga hancur disana sini bagai tidak berdaya, lemah, berpecah belah.
Perhatikan diri kita dahulu sebelum kita menyalahkan Israel, Amerika, atau lain-lain malapetaka yang Allah izinkan kepada sesuatu kaum untuk melakukannya.
Kembali kita kepada ayat diatas dari surah At-taubah ayat 24 adakah kita meletakkan cinta pada Allah dan Rasulnya ditempat yang utama atau meletakkan cinta kepada dunia melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya. Firman Allah ;

"Dan apa jua (harta benda dan lain-lainnya) Yang diberikan kepada kamu, maka adalah ia merupakan kesenangan hidup di dunia dan perhiasannya; Dalam pada itu, apa jua Yang ada di sisi Allah (yang disediakan untuk orang-orang Yang beriman dan taat) adalah ia lebih baik dan lebih kekal; maka mengapa kamu tidak mahu memahaminya?"(Al-Qasas : 60)


Maka telah digambarkan sesuatu yang lebih baik kepada kita dari perhiasan dunia semata tetapi kenapa masih kita tidak memahaminya. Dimintanya kita manusia agar beriman kepadanya dengan taat iaitu beriman dihati kepada Allah, kepada Malaikat, Kitab, Rasul serta Qada dan Qadarnya. Bukan beriman dimulut.

Diwajibkan kepada kita memandang setiap sesuatu yang berlaku itu dengan kuasa Allah semata-mata. Mengisbatkan sifat-sifat Allah, Asma Allah dan Afalnya.


Jangan sampai Allah kunci hati kita

Saya ingin membawa kesatu perkara yang kita anggap kecil tetapi mampu meletakkan diri kita didalam laknatullah boleh membawa kita kepada malapetaka yang sama seperti Allah turunkan kepada Negara palestin.


Satu hari saya ke Masjid disuatu kawasan berhampiran ketika awal pagi, ketika itu belum waktu subuh jadi pak imam atau bilal masih belum tiba dimasjid. Tujuan untuk beribadah dirumah Allah. Apa yang peliknya pintu masjid dikunci. Maka saya pun tidak dapat masuk jadi saya solat sahaja dikawasan luar masjid tersebut.


Masyaalah. Kenapa rumah Allah ini dikunci? Bukankan rumah Allah ini didirikan untuk manusia yang ingin beribadah kepada Allah tidak kira waktu. Dimana letaknya iman kepada Allah? Bukankah kita mengaku beriman kepada Allah dan para Malaikat. Rumah Allah pasti Allah sebaik yang menjaganya. Mengapa dikunci? Jangan sampai Allah kunci hati kita sebagai mana kita kunci rumah Allah. Apakah alasan kita mengunci masjid? Takut radio masjid dicuri? Takut berlaku kerosakan terhadap harta-harta masjid? Mana yang kita lebih takut hilang radiokah atau hilang iman? Hilang radio boleh diganti. Hilang iman gantinya neraka Allah. Hilang radio, Insyaalah rezki itu Allah telah janjikan pasti ada sahaja jalannya. Hilang iman, maka jadilah kita seperti apa yang disebut didalam Al-Quran ;


"Dan kami periksa semua amal perbuatan mereka, lalu kami jadikan debu yang berterbangan" (Al-Furqan:23)


Iaitu orang-orang yang mengerjakan ibadah yang pada zahirnya cukup cantik, tetapi ibadah yang tanpa disertakan iman dihati Allah jadikan debu yang langsung tiada gunanya. Maka takutlah kita kepada hilang iman dari pada kehilangan harta benda, perniagaan, sanak saudara, rumah tempat tinggal, rumah tempat ibadah dan sebagainya kerana semua itu boleh diganti.


Mulut mengaku beriman kepada Allah, tetapi didalam hati masih percaya kunci itu dapat menyelamatkan pencuri dari mencuri. Sedangkan kalau pencuri ingin mencuri bukan kata dinding kayu, dinding besi pun dipecahnya.


Sedarlah diri kita betapa kerdilnya kita disisi Allah. Lihat pada hati kita adakah kita masih bertaraf haiwan atau sudah diiktiraf sebagai manusia kemudian beriman kepada nya. Jangan kita sekadar mengutuk Israel dengan kekejamannya, sedangkan diri kita masih lagi haiwan yang bertopengkan manusia samalah kita dengan Israel tadi.


Perjuangan kerana cintakan tanah air semata-mata
Apakah yang sebernarnya terjadi kepada kaum palestin kenapa perjuangan mereka seperti tidak mendapat bantuan Allah. Cuba perhatikan apa yang selalu disebut oleh orang-orang palestin ini di tv? Mereka melaungkan agar tanah mereka dikembalikan, tidak dijajah oleh Israel sehingga mereka sanggup mati demi menjaga kedaulatan tanah air. Perjuangan mereka semata-mata untuk menjaga tanah air mereka bukan memperjuangkan agama Allah. Bukan berjuang kerana cinta mereka kepada Allah dan Rasullulah, tetapi kerana cinta mereka kepada tanah air, cinta pada harta pusaka dan sebagainya.


Maka dengan kuasa Allah, ditutupnya bantuan dari segala pelusuk dunia. Tiada satu pun Negara Islam yang tampil membantu dengan bala tentera apatah lagi Negara yang bukan Islam. Sehingga semua negara mengaku politik dunia sudah gagal mengawal kekejaman Israel. Itulah kuasa Allah dia yang maha perkasa dan dialah yang menentukan segala sesuatu.
Kezaliman yang telah berlaku lebih dari 50 tahun tidak akan terhenti sehinggalah sampai satu masa kaum yang dizalimi tersebut sedar dan redha dengan kehendak Allah. Mereka akan bangkit bukan kerana rintihan mengenai mencintai tanah air mereka, bukan kerana hendak menegakkan hak keatas tanah air lagi, tetapi sehingga mereka menyatakan ya Allah, kami redha apa yang engkau redha terhadap tanah air kami. Ya Allah kami pohon keredhaan Mu untuk berjuang menentang Israel kerana mencintai agama mu ya Allah.


Firman Allah "dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri Yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur Dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang)" (Al-Qasas : 58)


Kaum yang tidak bersyukur (tidak sedar) yang nikmat kesenangan itu hanyalah kurnian Allah bukan disebabkan pemerintah, atau kerajaan.Kesenangan bukan kerana Negara mereka bernama Palestin atau Israel, Keamanan itu bukan kerana mempunyai polis atau tentera yang menjaga dengan baik, tetapi kerana kurnian Allah maka hendaklah kita menjadi orang yang bersyukur iaitu dengan kembali beriman kepada Allah.


Maka sekiranya perjuangan itu semata-mata kerana Allah, barulah Allah akan memberikan bantuan dari sumber yang tidak diduga sebagaimana firman Allah ;


"dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang mukmin." (Al-Ruum :47)


Orang mukmin itu ialah orang yang beriman dengan teguh. Iman yang tidak mungkin goyah lagi walau dihempap dengan batu besar ditengah panas. Iman yang telah akrab dengan diri manusia yang bernama Insan kerana nafsunya adalah nafsu Mutmainnah iaitu nafsu yang mencintai kebaikan dan tidak terdaya melakukan kejahatan. Golongan ini hatinya telah musyadah mengingati Allah setiap masa maka digolongkan kedalam golongan yang berbahagia dunia dan akhirat.


Golongan ini tidak mampu dikesan menggunakan satelit Amerika, perisik yang serba canggih, tidak berdaya untuk ditembak oleh peluru berpandu, walaupun seorang diri, tetapi ditakuti oleh sebuah Negara yang amat maju teknologinya.


Golongan inilah yang diiktiraf oleh Allah sebagai hambanya. Apa yang diajar oleh Rasullullah S.A.W terhadap umatnya supaya umatnya memuliakan diri mereka sendiri agar mereka menjadi insan.

Kita tidak dilatih untuk beriman
Hari ini, amat susah untuk kita bertemu dengan orang mukmin ini. Yang banyaknya dikalangan kita hanyalah umat islam semata-mata. Umat islam yang tidak beriman. Atau yang beriman yang imannya amat rapuh. Umat islam yang masih haiwan yang bertopengkan manusia, kerana nafsunya masih bertaraf nafsu haiwan. Kenapa ini terjadi?
Kerana kita tidak dilatih untuk menjadi orang yang beriman. Mungkin ada diantara kita yang dilatih menjadi orang yang beribadah atau beramal, tetapi ibadah dan amal tanpa iman itu tergolonglah kedalam golongan fasiq dan munafik. Golongan yang rugi sebagaimana firman Allah ;


"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas. Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali."(An-Nisaa:142)

Latihan untuk menjadi orang beriman ini telah diajar oleh Rasullullah selama 13 tahun terhadap sahabat-sahabat baginda. Diajar memperbetulkan diri secara zahir dan batinnya dahulu. Setelah iman para sahabat benar-benar kukuh, barulah diseru untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat, puasa dan seterusnya. Kerana orang yang beriman sahaja layak untuk beribadah kepada Allah. Sekadar menjadi orang islam, belum layak untuk beribadah kerana jika diteruskan juga jadilah ibadah yang dijadikan debu yang berterbangan iaitu tidak diterima oleh Allah kerana mereka ini masih belum menjadi manusia. Maka tidak hairanlah didalam Al-Quran mana-mana ayat seruan melakukan ibadah dimulakan dengan "Wahai Orang yang beriman" bukan "wahai orang islam".


Pendapat masyarakat kita hari ini, cukuplah anak-anak kita menjadi orang islam, mempunyai pelajaran dan pekerjaan yang bagus tanpa diajar supaya beriman kepada Allah dan Rasullullah. Maka sebab itu, jadilah anak-anak keturunan kita meletakkan cintakan dunia semata-mata. Belum tentu mencintai Allah dan rasulnya. Firman Allah;


"Sesungguhnya orang-orang lelaki Yang dan wanita islam dan beriman dan taat dan benar dan sabar dan merendah diri dan bersedekah dan berpuasa dan memelihara kehormatannya dan menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala Yang besar."(Al-ahzab:35)


Inilah yang dianjurkan oleh Al-Quran supaya kita ikuti. Melengkapkan kesemua diatas didalam diri barulah kita dijanjikan keampunan dan pahala yang besar. Erti keampunan bermaksud, selamatlah orang-orang ini dari segala macam siksaan yang Allah janjikan kepada kaum kufur dan musyrik.


Jadi, bukanlah sekadar menjadi orang islam, tetapi islam yang beriman, islam yang taat, benar, sabar, merendah diri, bersedekah, berpuasa, memelihara kehormatan dan akhir sekali setiap ibadah dan amalan diatas disertakan dengan mengingati dan menyebut nama Allah dengan banyaknya, maka selamatlah golongan ini dunia dan akhirat. Inilah yang patutnya dijadikan ukuran kepada orang-orang yang Berjaya. Bukannya kekayaan, harta, kepandaian, pangkat dan sebagainya.


Begitulah yang telah ditetapkan oleh Allah. Terlalu sedikit hamba Allah yang beriman dengan sebenarnya berjalan diatas jalan Allah, tetapi lebih ramai yang kecundang, terpesong dari jalan yang lurus tetapi masih memakai pakaian orang beriman padahal mereka telah jauh tersesat.
Ilmu yang telah hilang dari Umat Islam hari ini
Firman Allah ;


" Wahai orang-orang Yang beriman ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan sebutan Yang sebanyak-banyaknya. dan bertasbihlah kamu kepadanya pada waktu pagi dan petang."(al-Ahzab:41-42)


Hukum mengingati Allah setiap saat dihati adalah WAJIB. Hukum melupakan Allah walau satu saat adalah HARAM. Tanyalah diri kamu sendiri adakah kamu menghalalkan iblis mengotori hati mu walau sesaat?

"Celakalah orang-orang yang dihatinya tidak berzikir kepada Allah"(Al-Zumar:22)


Inilah yang diminta didalam Al-Quran. Diulangi ayat tersebut berkali-kali didalam Al-Quran supaya kita sentiasa sebut nama Allah dan bertasbih kepadanya pagi petang siang malam, ketika duduk, berdiri berbaring malah ketika tidur tanpa lupa walau satu saat kepadanya. Tujuannya ialah supaya kita tidak lalai bila beribadah kepada Allah.


Bagaimana cara menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya? Firman Allah ;


"Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, Dengan merendah diri serta Dengan perasaan takut, dan Dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah Engkau menjadi dari orang-orang Yang lalai. (al-A`raaf : 205)


Iaitu dengan berzikir didalam hati dengan perasaan merendah dan takut. Bukan dimulut, kerana mulut itu untuk bertasbih mengingati Allah. Bertasbih dengan nama-nama Allah, puji-pujian dan selawat. Tetapi menyebut nama Allah didalam hati itu adalah dengan menyebut Allah. Bukan lailhaillalah, subhanallah atau Ar-Rahman. Kerana Kalimah Allah itu adalah kalimah keagungan lengkap dengan segala sifat, asma dan afal telah terkandung didalam satu kalimah.


Maka inilah yang dinamakan Amalah Syahadah. Iaitu amalan bagi rukun Islam yang pertama, mengucap dua kalimah syahadah yang selama ini hanyalah lafaz. Tidak diajar amalannya kepada kita maka menyebabkan kita sampai bila pun kita hanya sekadar menjadi orang islam. Belum tentu menjadi manusia apatah lagi orang yang beriman dan mukmin.

Tujuan amalan tersebut supaya kita setiap saat sedar diri kita siapa dan setiap saat takut pada janji Allah dan akhirnya supaya terpupuklah dihati kita perasaan cinta pada Allah dan rasulnya. Amalan tersebut adalah nur yang dapat mencuci hati dari sifat-sifat keji. Amalan itu juga menghindarkan bisikan iblis dihati kita sebagai mana firman Allah ;


"Sesungguhnya hamba-hamba ku (yang beriman dengan ikhlas*) tiadalah engkau (iblis) mempunyai kuasa terhadap mereka. Cukuplah tuhanmu menjadi pelindung (al-Isra:65)


*Beriman dengan ikhlas – Mengingati Allah setiap saat. Bermaksud pekerjaan yang dilakukan dengan mengingati Allah setiap masa itulah ikhlas kerana Allah. Sesaat lupa pada Allah berkemungkinan ibadah itu kerana selainnya samada datangnya sifat riak, bangga, merasakan diri berdaya melakukan ibadah dan lainnya kerana setiap saat yang lupa itu, iblislah yang membisikkan arahannya.


Doakan kemenangan kepada orang-orang yang beriman.
Maka sama-samalah kita ambil iktibar dari malapetaka yang Allah turunkan kepada Umat Islam dipalestin. Perbetulkan diri dahulu sambil kita sedekah, berdoa kepada saudara kita di Palestin agar Allah perkuatkan keimanan mereka dan memberi kemenangan kepada mereka. Kalau pun bukan kemenangan dari segi zahiriah, kemenangan dari segi rohani iaitu matinya mereka sebagai orang beriman pun lebih baik kerana dunia ini hanyalah persinggahan sementara kepada kita.


Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Orang islam belum tentu bersaudara lagi itulah yang disebut didalam Al-Quran. Kerana itulah kita lihat tiada negara Islam yang membantu dari segi ketenteraan apabila sebuah negara Islam yang lain didalam keadaan memerlukan bantuan ketenteraan.


Jadi marilah kita menjadikan diri kita orang beriman dihati. Bukan orang islam sahaja. Berpesanlah kepada saudara islam kita supaya menjadi orang yang beriman dan menuju kepada mukmin. Kalau ada 10 orang mukmin didalam Malaysia, itu pun sudah amat besar anugerah Allah. Insyaalah selamat lah Negara kita dari malapetaka besar.


Perbanyakkan doa minta diberikan hidayah Allah kepada kita, jiran-jiran, saudara mara dan seluruh penduduk islam Malaysia dan dunia.


Taubatlah, kemudia perbetulkan diri, banyak ingat Allah dihati dengan perasaan takut dan merendah setiap masa, pagi petang malam.insyaalah kita berjalan diatas jalan Allah. Allahlah yang akan buka pintu hidayah kepada kita malah dia sentiasa membimbing orang yang bertaubat. Disamping itu kita berpesan-pesan sesama muslim mengenai ilmu Allah supaya kita sama-sama menjadi Manusia yang Allah janjikan sejahtera dunia dan akhirat.

Ingatlah, tiada satu tempat didunia ini yang mampu menerima cinta Allah melainkan hati manusia.

Sampaikan kepada rakan-rakan, Photocopy atau email dan sebarkan semoga bertambah ramai umat islam yang beriman dikalangan kita. Origanl copy boleh didapati di mukminblog.blogspot.com




Wallahualam.


mukminblog.blogspot.com
- Mukmin – Jalan menuju kesejahteraan
- Dua kalimah syahadah dan amalannya.

1 comment:

  1. bumi Palestin terus merintih tangis...bumi malaysia bagaikan lupa akhirat...'berperang' sesama bangsa dan agama...masya Allah...

    Ya Allah lindungilah hamba2 Mu yang tidak berdosa ini...Amin

    ReplyDelete