Sunday, January 3, 2010

Persoalan mengenai dua kalimah syahadah didalam solat.

Dua kalimah syahadah didalam solat

1. Ketika membaca syahadah (dlm tahyat), jari telunjuk kita akan "bangun & menunjuk". Kalo blh, saya nak tau...KENAPA kita buat cam tu? Adakah kita menunjuk ke arah kiblat?

2. Ketika membaca selawat (dlm tahyat), yg mana satu lbih afdhal....dgn menyebut / menambah perkataan "SAIDINA" (...soli'ala Saidina Mohamad) atau tanpa "SAIDINA" (...soli'ala Mohamad)?

Yang pertama

Jari itu tunjuk tu ada pelbagai fahaman.. syahadah dan tunjuk itu bukan rukun solat. CUma dibuat 1 itu pasal jari itu asal kejadian kita didalam perut ibu dijadikan telunjuk..tanda 1 amanah. begitu juga didalam kubur, kedudukan duduk tangan telunjuk tanda 1 amanah.. apa itu 1 amanah? itu lah perjanjian didalam perut ibu..iaitu menyaksikan, menyebut ALLAH didalam kalbu(hati) tanpa lalai walau sesaat.

Yang kedua,

Saidina dan tanpa saidina itu menunjukkan nabi dan rasul.. tahyat pertama kita baca tanpa SAIDINA kerana menunjukkan rasullullah ketika nabi (belum jadi rasul) dan tahyat kedua kita sebut Saidina menunjukkan rasullullah yg telah diangkat menjadi rasul setelah 15 tahun didalam gua hiraq berzikir ALLAH didalam kalbu. (mengikut perjanjian didalam perut ibu)

Dua kalimah syahadah didalam solat itu sekadar lafaz. (lafaz atau niat) wajib dibuat amalnya.. apa maksud syahadah : syahadah itu ertinya penyaksian, telah tersaksi, telah terlihat, menyaksi, kalau sekadar lafaz, bukan lah syahadah.

apakah amalan syahadah? itu lah menyebut dan mendengar sebutan ALLAh didalam kalbu setiap saat..tidak kira dalam keadaan apa jua sekali pun

“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar Dengan nyatanya terutama sekali) di rumah diperintahkan oleh Allah (hati) supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan Ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (itulah kalbi atau hati.)

Lelaki yang berimannya Yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan (kemudian barulah) mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) Yang padanya hati tak tenteram.” An-nur ayat 36-37

Didalam ayat ini dinyatakan nur cahaya didalam kalbu orang beriman..tidak lalai walau sesaat, itulah amalan syahadah..barulah elok solatnya, zakat dan sebagainya.

BUat masa ini carilah iman dahulu (cahaya kalimah) solat sekadar latihan.. tidak diterima solat itu malainkan solat orang-orang mukmin dan solat orang-orang yg mengikut org mukmin. nak dapat mukmin kene beriman dahulu.

Kubur itu umpama perut ibu. dilahir kan dalam keadaan kelam gelap hanya melihat cahaya kalimah allah, begitu juga di dalam kubur melihat cahaya kalimah allah(bagi org yg beriman) sebab itu hidup didunia ini, cari kalimah tersebut sampai jumpa, terang bercahaya..itulah tanda iman. tanda kasih sayang allah terhadap hamba.. Maka itulah sebabnya rasullullah duduk didalam gua (tempat yang gelap) kerana perjanjian dan keadaan kejadian dan kembalinya manusia itu gelap.

salam

1 comment:

  1. salam tuan yang mulia berada di maqam yang tercinta...... semoga tuan doakan kebaikan dan kebajikan buat zakir yang sesungguhnya dhaif.... mohon kahadiran zakir pada blog tuan ini akan membuka dan terisi kekosongan jiwa yang tidak di pandu oleh mana-mana mursyid... mohon kegagalan pertemuan itu memberi jalan yang lebih luas bagi diri zakir untuk lebih bertaqqarub.....

    bermula pada jari telunjuk yang di angkat semasa syahadat solat bermaksud mufarq iaitu pemisah..... diandaikan beginilah yer....

    jari anak(kecik) - iaitu menunjukkan martabat zat

    jari manis(sarung cincin kawin) - martabat sifat

    jari tengah(isyarat sensore tut...tut) - martabar HARUS ( harus bg rasul bersifat manusia-kelakuannya)

    jari telunjuk - pemisah(mufaraq) yang memisahkan perihal zat dan sifat

    jari ibu - menunjukkan shahadath nabi iaitu 4 wajib(tabligh, siddiq, amanah, fathonah) berlawan 4 mustahil lawan dari yang empat tersebut dan berdiri 1 yang harus iaitu harus rasul itu berkelakuan manusia ataupun tidak.....


    agaknyer begitulah pendapat zakir yang tak mampat nih

    ReplyDelete