Sunday, June 5, 2011

Dah jadi manusia baru boleh IBADAH..

Dah jadi manusia baru boleh IBADAH..

kita dilahirkan kedunia selepas dimasukkan roh kedalam jasad. semasa ditiupkan roh kita mula mengamalkan amalan syahadah..iatu memgang amanah perjanjian dengan allah.. apa amanah itu? menghidupkan hati sentiasa berdetik allah...allah..allah..allah... tanpa henti dinamaka zikrullah. ini amanah perjanjian manusia..atau INSAN.. dan itulah yg kita lakukan semasa didalm perut ibu dahulu. sebab itu dinamakan INSAN bila dilahir..sampailah kita mula pandai berkata-kata... (dalam umur 3-4 tahun).. Kemudian pada ketika itu kita lebih tertarik dengan ciptaan allah, iaitu duniawi, sampai kita lupa amanah perjanjian didalam perut ibu iaitu hati yg zikrullah..maka kasih sayang roh terhadap jasad telah terpisah...keluarlah roh insani dari jasad, lalu dimasuki roh haiwani dan roh syaitani...itu lah kita sampai hari ini.

Maka diutus rasullullah dan alquran, untuk menrengkan hal ini kepada manusia supaya kembali kepada menghidupkan hati mengingati allah iaitu perjanjian amanah dalam perut ibu. sebab itu rasullullah jauh ke gua hiraq, untuk menumpukan hatinya berzikrullah selama 15 tahun...hingga akhirnya turunlah jibrail mengesahkan amal perbuatan baginda..

kata jibrail pada hari itu "iqraq bismirabbikal lazi kholak" sebut lah nama ALLAH yg menjadikan... menjadikan MANUSIA dari hati"... maka betullah apa yg dibuat oleh rasullullah di gua hiraq itu..iaitu sentiasa berzikir sebut ALLAH..ALLAH..ALLAH.. itulah turunnya ayat pertama...membersihkan hatinya, barulah menjadi MANUSIA..

baharulah rasullullah dianggap INSAN...10 tahun selepas menjadi insan baru diwajibkan rasullullah solat..

itu contoh kisah rasullullah.. maka kita ini pun sama..sebab itu rukun islam pertama itu DUA KALIMAH SYAHADAH.. artinya menzahirkan semula amanah perjanjian didalam perut ibu.. sebab itu kalimah nya 2 bukan satu.. kalimah menafikan segalanya selain allah..tanda islam. dan kalimah mengikut rasullullah zahir dan bati, tanda iman..kerana rasullullah itulah manusia yg punyai iMAN yg tertinggi nilainya..

Bagi kita hari ini, tidak perlulah naik ke gua hiraq..cukuplah menyendiri dirumah, ditempat kerja. tidak kira dimana, fokus hati itu yg menyendiri....jantung itu sendiri adalah GUA untuk mengingati allah.. kalau duduk dalam gua, hati teringat kat rumah pun tak guna...jadi duduk sahaj dirumah, tapi hati ingat allah..itulah maksud menyendiri..

wajiblah menuntut ilmu... kalau benar2 berhajat, saya boleh temukan guru nya insyallah...

Friday, March 25, 2011

Amalan percaya allah..baru jadi manusia

perkataan PERCAYA ALLAH, dimana amalannya? sebut percaya tetapi nak diamalkan percaya itu bagai mana? adakah 10 minit percaya (ketika solat), lagi 23 jam 50 minit tidak percaya (LALAI).. maka yang lalai ini lah yg akan dipersoalkan...sedangkan haiwan dan tumbuhan tidak pernah lalai dari percaya allah.

jangan berilmu sekadar percaya, carilah dimana amalan percaya itu...sehingga mendapat pengesahannya. Dah dapat pengesahan itu barulah dinamakan syahadah. (baru sah rukun islam pertama)

kalau sekadar percaya allah, samalah dengan lembu kerbau kambin..manusia itu ada percaya dan ada amalan percaya(AMANAH).. tak buat amanah, maka tak jadilah manusia.

Tafsir MANUSIA.

tafsiran MANUSIA org kebanyakan : iaitu yg bertubuh berdiri, berkepala, tangan kaki, ada mata-ada telinga..tafsiran MANUSIA menurut alquran : iaitu apabila mesra jasad dan roh sehingga tidak berpisah walau sesat. iaitu apabila roh sangat sayangkan jasad kenali antara satu sama lain.

Roh itu adalah roh nafsu mutmainnah. mutmainnah itu, bersih suci, tidak dikotorkan oleh duniawi walau sedetik. berbentuk menyerupai tubuh manusia dan sentiasa memandang jasad.

nak kenal mutmainnah itu ianya berkalimah seluruh anggota, bercahaya. dapat dilihat seperti kita melihat didalam cermin. Solekan roh itu dengen zikrullah..semakin kuat zikir semakin indah rupa bentuknya

Ini bukan dalam takluk ilmu yg banyak huraian dan pecahan. ini definasi dalam bentuk amali. anda buat, anda lihat. tak buat, tak nampak...maka tiap-tiap diri tau nampak atau tidak nampaknya..manusia atau bukan manusia...usaha tak mahu usaha atas diri masing2

itulah orang kata diri manusia terdiri dari 4.. itulah alif, lam lam ha, kalimah yang bercahaya..bagi yg pernah melihatnya...

kerana alif lam lam ha itu lah diperintah kan seluruh malaikat tunduk pada jasad adam... kalau tidak takkan allah suruh tunduk pada jasad yg diperbuat dari tanah...semua rahsia didalam alquran. jangan sekadar baca dan tiada huraian..